Barcelona Beri Bayangan Lepaskan Coutinho – Nombor Jersi Griezmann “Diumumkan”

Pasukan La Liga ini mengumumkan ketibaan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid, dan ia memberikan isyarat bahawa karier Phil Coutinho di Barcelona akan berakhir.

Menurut laporan, Griezmann bakal menyarung jersi bernombor 7 yang kini digunakan oleh Phillippe Coutinho.

Coutinho yang berpindah dari Liverpool ke Barcelona pada 2018, sebelum ini menggunakan nombor 14 sebelum menukarnya ke nombor 7 baru baru ini.

Akhbar AS melaporkan bahawa pemenang Piala Dunia 2018 bersama France itu akan menggunakan jersi bernombor 7, sekaligus memberikan bayangan bahawa Coutinho akan dilepaskan.

Coutinho sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool semula namun Klopp menolak sebarang kemungkinan beliau akan kembali ke Anfield.

ADMIN

Harap Barca tak kena scam pula oleh Atletico Madrid la.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman