Bagaimana Ejen Virgil Van Dijk Memberikan Respon Terhadap Barcelona

Pemain dari Netherlands ini merupakan salah satu calon penerima anugerah Ballon D’Or untuk tahun ini.

Namun Barcelona telah mengemukakan pertanyaan mengenai sebarang potensi perpindahan terhadap pemain ini dari Liverpool.

Virgil Van Dijk telah menyertai Liverpool dari Southampton dengan nilai £75 juta pada Januari 2018 dan mencapai tahap permainan yang lebih tinggi sejak menyertai Liverpool, sekaligus membantu kelab itu mencapai kejayaan menjulang UCL musim lepas.

Kini beliau diiktiraf sebagai salah seorang pemain pertahanan tengah terbaik di dunia, dan Barcelona yang sebelum ini “dimalukan” di Anfield menunjukkan minat terhadap pemain tersebut.

Namun harapan kelab Catalan itu untuk membawa Van Dijk ke Catalan terlalu tipis.

Menurut John Cross dari Daily Mirror :

“Kami tidak menjangkakan ianya berlaku sekarang, namun Barcelona pernah mengemukakan pertanyaan mengenai Van Dijk samada beliau mahu meninggalkan Anfield”.

“Namun ianya ditolak mentah mentah oleh ejen pemain itu. Mereka tidak akan mempedulikan setinggi mana tawaran itu”.

Van Dijk dijangka akan menyertai skuad Liverpool pada Sabtu ini setelah bercuti dan terlibat dengan komitmen UEFA Nation League pada Jun lepas.

Beliau akan disertai rakan sepasukan dari Netherlands, Gini Wijnaldum dan juga pemain lawan mereka di separuh akhir UEFA Nations League lepas seperti Jordan Henderson dan Trent Alexander Arnold.

ADMIN

Mungkin Virgil belajar dari pengalaman yang dilalui oleh Phil Coutinho.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman