Jurgen Klopp Memuji Persembahan Pemain Muda Ketika Menentang Tranmere

Beliau berpuas hati dengan persembahan sebahagian besar pemain muda, yang kemudian dibalas dengan kemenangan 6 – 0 ke atas pasukan League Two itu.

Rhian Brewster membantu pasukan dengan menjaringkan 2 gol, manakala Bobby Duncan dan Curtis Jones masing masing menjaringkan 1 gol untuk pasukan sambil 2 gol lagi disumbangkan oleh dua pemain senior iaitu Nathaniel Clyne dan Divock Origi.

Klopp memuji persembahan pemain muda Liverpool dengan ketika ini beberapa pemain bintang mereka sedang bercuti sekaligus memaklumkan bahawa mereka harus mengambil kesempatan merebut peluang beraksi dalam perlawanan pramusim ini.

Menurut Klopp menerusi Liverpool FC :

“Mereka semuanya sangat bagus”.

“Harry Wilson dan Ryan Kent bermain dengan sangat baik. Ben Woodburns, ianya merupakan permainan terbaik beliau sejak beliau cergas sepenuhnya. Anda telah lihat sendiri semasa latihan; beliau amat berfizikal, tegap dan lebih tajam dari sebelumnya”.

“Yaser Larouci dan Adam Lewis bermain di sebelah bek kiri, baik sekali. Ki Jana Hoever di bek kanan juga begitu. Saya sukakan persembahan mereka”.

“Paul Glatzel terpaksa kami keluarkan disebabkan kecederaan yang tidak pasti, ia nampak tidak begitu bagus dan kami harus menunggu. Beliau adalah pemain yang bagus”.

“Dan Atherton kemudiannya dimasukkan dan saya tidak pernah melihat aksi penjaga gol sebegitu ketika bermain sebagai penyerang. Keseluruhan permainan yang amat baik”.

Selepas menentang Bradford, Liverpool akan memulakan siri kunjungan pramusim ke US dengan perlawanan menentang Dortmund, Sevilla dan Sporting menanti mereka.

Bercakap mengenai peluang pemain muda untuk menunjukkan kebolehan mereka sekarang, Klopp menambah :

“Mereka harus menunjukkan sesuatu. Kami juga memerlukan mereka. Mereka mempunyai bakat yang besar”.

“Dalam umur sebegini, mereka harus mempamerkan sesuatu dan akan mengalami kesukaran namun di akhirnya mereka akan menjadi lebih baik. Sudah pasti banyak tugasan yang mereka akan lakukan”.

“Kami akan bermain semula pada Ahad. Sebahagian lagi pemain akan kembali namun bukan untuk perlawanan ini. Diharap semuanya lebih baik selepas ini”.

ADMIN

Jurgen Klopp akan menguji pemain mudanya dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply