Klopp Jelaskan Kenapa Penghormatan Kepada Stephen Darby Amat Penting

Beliau bersama sama pemain dan staf tidak teragak agak untuk memberikan penghormatan istimewa kepada bekas pemain Reds itu sebelum bermulanya sesi latihan pada Sabtu.

Skuad Liverpool ketika itu bersama sama melaungkan nama Stephen Darby setelah dicalonkan untuk mengambil bahagian dalam #StephenDarbyChallenge.

Darby yang melakukan 6 penampilan bersama skuad Liverpool pada 2008 – 2010, terpaksa bersara lebih awal dari bolasepak pada umur 29 tahun berikutan beliau mengalami penyakit neuron motor.

Liverpool akan turun menentang satu lagi bekas pasukan Stephen Darby – Bradford City pada Ahad untuk meraih dana buat Yayasan MND Darby Rimmer. Dana itu digunakan untuk penganjuran aktiviti Distance For Darb, satu acara amal yang menyaksikan peserta berjalan dari Valley Parade ke Anfield sejauh 65 batu untuk menyokong yayasan tersebut.

Dan berikut adalah kenyataan Klopp :

“Ianya sesuatu yang luar biasa untuk memberikan kesedaran untuk orang ramai menerusi media sosial dan ianya masuk akal. Itu sebabnya kami melakukan perkara itu dan ianya amat menyeronokkan”.

“Bolasepak hanyalah satu permainan namun sesekali anda boleh melakukan sesuatu yang baik – dan untuk Stephen Darby ianya sangat penting. Kami sedar memgenai itu dan diharap ia akan membantu beliau sedikit sebanyak”.

Penghormatan kepada Stephen Darby oleh LFC

ADMIN

Walaupun Stephen Darby tidak pernah beraksi di kalangan mereka semua, namun ianya membuktikan Liverpool adalah satu keluarga besar dengan mengingati beliau. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply