Liverpool Menjelaskan Mengenai Spekulasi Perpindahan Sadio Mane Ke Real Madrid

Sebelum ini pengurus Senegal telah mendakwa Real Madrid telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan Sadio Mane.

Dan Liverpool menjelaskan bahawa Real Madrid tidak pernah menghubungi mereka untuk mendapatkan Sadio Mane.

Mane ketika ini sedang melakukan persiapan bersama skuad Senegal untuk menghadapi Tunisia dalam Separuh Akhir AFCON 2019.

Sebelum ini pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada Mei tahun lepas, sebelum pengurus Real ketika itu Zinedine Zidane meletakkan jawatan sebagai pengurus setelah menjuarai kejohanan itu pada 2018.

Mane kemudiannya meletakkan komitmen beliau sepenuhnya dengan menandatangani kontrak lanjutan 5 tahun bersama kelab, dan menikmati musim terbaiknya bersama kelab dengan menjaringkan 26 gol semusim serta dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas EPL bersama sama Mo Salah dan Pierre Emerick Aubameyang.

Namun begitu, Zidane kembali ke Real Madrid dan dilihat cuba mendapatkan Mane sekali lagi.

Dan pengurus Senegal Seck telah memaklumkan kepada Mane supaya mempertimbangkan perjalanan kariernya ke La Liga pula.

Menurut Seck menerusi Mirror :

“Setiap orang di dunia tahu bahawa Sadio Mane antara 10 pemain terbaik di dunia dan telah mengecapi pelbagai kejayaan bersama Liverpool beberapa tahun ini”.

“Gandingan beliau bersama Roberto Firmino dan Mo Salah adalah antara yang terbaik. Namun ini adalah bolasepak dan telah memenangi UCL musim lepas serta mendapat peluang ke Madrid”.

“Saya berpendapat ianya masih kelab terbaik di dunia, walaupun saya peminat Barcelona tetapi saya merasakan Mane patut mempertimbangkan tawaran itu”.

“Karier pemain bolasepak adalah sangat singkat dan kadangkala terdapat tawaran sebegitu, kenapa tidak untuk mencuba?”.

“Saya berpendapat Sadio Mane telah berjaya mengatasi cabaran di England, dan beliau sekarang mampu untuk mengharungi cabaran di La Liga”.

Namun Echo difahamkan bahawa Real Madrid tidak pernah menghubungi Liverpool dan tidak akan melayan sebarang tawaran untuk Sadio Mane.

Dan jika komen Seck adalah tepat, kelab Spain itu bakal didakwa terdapatnya unsur ‘tap in’ terhadap pemain Liverpool.

ADMIN

Ala, kelab La Liga bukan kuat mana pun. Kurang cabaran. Rugi Mane kalau ke sana.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman