Perkembangan Terkini Pasukan : Klopp Sahkan Dejan Lovren Akan Turun Beraksi

Beliau akan diturunkan bermain untuk perlawanan pramusim kedua menentang Bradford City.

Lovren tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Tranmere pada awal pagi Jumaat lepas kerana baru melapor diri di Melwood pada hari Selasa.

Menurut Klopp :

“Dejan akan kembali beraksi. Kita akan lakukan perkara yang sama terhadap pemain yang telah turun pada hari ini. Namun beliau akan diturunkan hari ini”.

Liverpool menggunakan kesemua 23 pemain ketika aksi menentang Tranmere yang berkesudahan dengan kemenangan besar 6 – 0, dengan 11 pertukaran dilakukan pada separuh masa pertama.

Dan Klopp mengesahkan bahawa beliau akan melakukan perkara yang sama ketika perlawanan menentang Bradford.

Tambah Klopp :

“Saya tidak menjangkakan banyak pertukaran pada kesebelasan utama, kami tidak akan merombak terlalu banyak”.

“Mungkin kesebelasan utama yang agak serupa seperti sebelumnya kerana ianya nampak bagus, kenapa tidak? Kerana kami mahu mendapatkan rentak”.

“Kami harus melihat semula siapa yang boleh bermain dan siapa yang tidak boleh bermain. Ianya bakal serupa – jadi saya berharap ianya serupa dengan permainan sebelum ini kerana saya sukakannya”.

“Untuk perlawanan pertama, ianya memuaskan hati saya. Dan sekarang saya berharap mereka dapat mengekalkan rentak itu dan diharap pemain saya dapat bermain dengan baik”.

ADMIN

Kesebelasan utama yang hampir serupa. Untuk mengekalkan rentak permainan seperti sebelumnya dan menjadikam mereka lebih baik lagi.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman