Wayne Rooney Percaya Klopp Lakukan Kesilapan Dalam Kariernya – Mengendalikan Liverpool

Bekas pemain Man United dan Everton itu menyatakan pandangan terhadap pencapaian Klopp setakat ini.

Dan beliau percaya salah satu kesilapan terbesar Klopp dalam kariernya adalah dengan menjadi pengurus Liverpool FC.

Wayne Rooney ketika ini sedang bersama DC United dalam Liga MLS, memuji perkembangan Klopp namun dia berharap pengurus itu tidak menjadi pengurus Liverpool sebenarnya.

Secara ironinya, kelab kelab yang diwakili Wayne Rooney merupakan musuh ketat buat Liverpool dalam liga.

Klopp sebelum ini telah membawa Liverpool menjuarai kejuaraan UCL keenam buat kelab itu, di samping terlepas kejuaraan liga dengan rekod mata tertinggi iaitu 97 mata, 1 mata di belakang Man City.

Menurut Rooney :

“Jurgen adalah pengurus yang setiap pemain mengimpikan untuk bermain di bawahnya”.

“Anda boleh lihat bagaimana gembiranya pemain yang berada di bawah beliau. Saya pernah berjumpa dengan beliau sekali – beliau adalah individu yang baik”.

“Namun apa yang silapnya ialah beliau bekerja untuk LFC dan sedang mencatatkan kejayaan di sana”.

“Saya menghormati Jurgen Klopp di atas segala beliau capai setakat ini”.

“Bukan sahaja di Liverpool malahan di Dortmund”.

“Beliau mempunyai segala galanya dan mempunyai masa depan yang cerah”.

ADMIN

Mungkin Rooney mengimpikan Jurgen Klopp untuk menjadi pengurus Man United menggantikan SAF dahulu.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman