Mo Salah Menderma £2.5 Juta Untuk Hospital Yang Musnah Akibat Serangan Pengganas

Insiden di Institut Kanser Kebangsaan Cairo menyebabkan 20 orang terbunuh.

Dan Mo Salah sendiri telah menyumbangkan £2.5 juta untuk institut tersebut.

Selain dari 20 kematian, 47 orang lain dilaporkan cedera dalam serangan di ibu negara Egypt itu apabila sebuah kenderaan dipandu laju dan merempuh 3 pejalan kaki dan juga berada di jalan bertentangan sebelum meletup.

Petikan berita mengenai serangan di Egypt

Dan berikut adalah mesej Mo Salah menerusi laman Twitter beliau :

“Saya memberikan sokongan penuh dan bersimpati ke atas mangsa insiden letupan di Onconology Institute”.

Dan akhbar Egypt Youm7, Presiden Universiti Cairo telah mendakwa Salah telah menderma £2.5 juta untuk membina institut itu semula.

Salah sebelum ini merupakan beberapa figura popular telah melakukan banyak sumbangan kepada mangsa dan menyokong kempen di tanahair beliau.

ADMIN

Terbaiklah Mo Salah. Semoga Allah swt merahmatimu selepas ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman