Pembinaan Anfield Road End Tidak Akan Menjejaskan Bajet Perpindahan – James Pearce

Liverpool mengesahkan bahawa mereka akan menaiktaraf stadium di Anfield Road End ( Tempat Duduk Yang Ada Penyokong Lawan ) dengan jangkaan kapasiti penonton lebih 60,000.

Namun jika dilihat kos pembinaan semula itu merisaukan sebahagian peminat Liverpool di mana ia akan menjejaskan bajet perpindahan pemain ke dalam kelab tersebut.

Menurut James Pearce menerusi The Athletic UK dalam sesi soal jawab, beliau menepis segala dakwaan itu dengan urusniaga perpindahan berjalan seperti biasa meskipun pembinaan sedang berlangsung.

Berikut adalah petikan jawapan dari James Pearce melalui TIA.

“Ia merupakan jalan cerita yang hampir serupa ketika pelaburan di Main Stand. FSG melakukan pinjaman sebanyak £110 juta dengan kadar faedah yang rendah”.

“Akaun terkini mendedahkan bahawa Liverpool telah membayar balik sebanyak £10 juta setakat ini. Ia tidak memberi impak kepada bajet perpindahan”.

“Saya menjangkakan projek Anfield Road dianggarkan menelan kos lebih kurang £50 juta, bergantung kepada rekabentuk yang mereka mahu”.

Jika pembinaan itu berjalan lancar, ia merupakan stadium kedua terbesar di luar London selepas Old Trafford, yang kini boleh memuatkan penonton seramai 76, 731.

ADMIN

Tiada impak untuk perpindahan Liverpool.

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply