Liverpool Telah Menjadi Lebih Besar Sekarang – Fabio Aurelio

Beliau kembali ke Anfield untuk menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Arsenal, dan memberikan beliau gambaran perubahan kelab sejak meninggalkan Anfield pada 2012.

Tujuh tahun berlalu sejak beliau kali terakhir beraksi di Liverpool, dengan kali ini menyaksikan sendiri bagaimana skuad Klopp menewaskan Arsenal 3 – 1 di Anfield.

Beliau kemudian berjalan di sekitar Main Stand yang telah mengalami perubahan besar sejak dan menilai sendiri suasana di Anfield sekarang.

Menurut Aurelio menerusi Liverpool FC :

“Ianya mengagumkan. Ianya satu pengalaman baru buat saya selepas perubahan dilakukan di sini”.

“Saya pernah ke sini pada 2014 untuk bercuti namun malangnya ketika itu bulan Julai di mana tiada perlawanan dilangsungkan. Ianya sungguh kecewa kerana saya mahu kembali ke Anfield ketika itu”.

“Dan saya sekarang mempunyai peluang untuk menyaksikan perlawanan yang besar di sini. Saya dapat saksikan sendiri perubahan yang dilakukan dan betapa besarnya kelab ini sekarang. Sememangnya sudah besar namun mereka tetap berkembang dengan trofi yang mereka miliki di kalangan pemain yang hebat”.

“Ianya sesuatu yang menyeronokkan dapat kembali ke sini dan suasana amat bagus”.

Dari 17 pemain yang bersama Aurelio dalam perlawanan terakhir beliau menentang Fulham pada Mei 2012, hanya Jordan Henderson sahaja yang masih kekal hingga sekarang.

Terlalu banyak perubahan yang dialami Jordan Henderson sepanjang bersama kelab, dan beliau adalah kapten seterusnya yang menjulang kejuaraan UCL keenam bersama Liverpool.

Tambah Aurelio :

“Beliau memberi respon terbaik dengan setiap jangkaan orang di Liverpool”.

“Saya masih ingat ketika beliau tiba, beliau akan membantu Steven Gerrard dan disebut bakal menggantikan Gerrard di masa hadapan. Beliau berjaya melakukan tugas itu dan menepati jangkaan ramai pihak. Beliau akan lakukan lebih baik lagi selepas ini, saya pasti”.

Aurelio merupakan pemain Brazil pertama yang menyertai Liverpool, namun sekarang ramai yang mengikuti jejak langkah beliau ke Liverpool seperti Alisson, Roberto Firmino dan Fabinho.

Dan tidak menghairankan Aurelio masih mengikuti perkembangan Liverpool secara dekat.

“Saya mengikuti perkembangan Liverpool kebanyakan menerusi televisyen di Brazil”.

“Saya gembira menjadi pemain pertama dari Brazil menyertai Liverpool, dan saya lebih gembira menyaksikan lebih ramai pemain Brazil mengikuti jejak langkah saya ke sini. Ianya sangat bagus!”

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan mereka dan menyokong Liverpool di Brazil”.

ADMIN

Fabio Aurelio, pemain yang keluar dan masuk balik. Seorang lagi bekas pemain yang menyokong Liverpool adalah Mark Gonzales.

Moment yang paling diingati : sepakan percuma ketika kemenangan ke atas Man United di Old Trafford.

Full Time : Man United 1 Liverpool 4

YNWA Fabio Aurelio!

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman