Jamie Carragher Menyatakan Luis Suarez Punca Liverpool Gagal Meraih Trofi EPL 2013 2014

The Reds dipisahkan dengan kejuaraan dengan 2 mata – namun Carra menyatakan bahawa pemburuan kejuaraan itu telah berakhir pada awal musim.

Dan bekas pemain Liverpool itu menyatakan Luis Suarez merupakan punca Liverpool gagal untuk meraih trofi kejuaraan tersebut.

Suarez ketika musim 2013 2014 merupakan penjaring terbanyak liga dengan 31 gol dari 33 perlawanan ( sebelum dipintas Mo Salah dengan 34 gol pada 2017 – 2018 ) sekaligus dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Musim itu.

Dan Carra mendakwa kejadian ‘near miss’ itu berlaku ketika Suarez terlibat dengan insiden mengigit Branislav Ivanovic pada April 2013.

Dan selepas itu Luis Suarez digantung 10 perlawanan EPL, dengan 6 perlawanan daripadanya pada musim 2013 2014.

Situasi itu ditambah dengan insiden “Gerrard Slip” ketika menentang pasukan yang sama pada 3 perlawanan terakhir liga musim 2013 2014, sekaligus memberikan harapan buat Man City mengejar dan akhirnya menjulang kejuaraan liga.

Dan bercakap mengenai perlawanan dramatik yang berkesudahan dengan seri 2 – 2, Carra berkata :

“Saya tidak pasti akan insiden itu pada awalnya namun setelah kami kembali ke bilik persalinan, kami difahamkan Suarez telah mengigit Ivanovic”.

“Seseorang telah bertanya kepada beliau, namun beliau menafikannya. Saya terus terfikir selepas itu, ia akan menjejaskan pemburuan kejuaraan liga kami musim seterusnya”.

“Suarez telah digantung 5 atau 6 perlawanan pada musim seterusnya. Beliau selangkah ke hadapan dari pemain lain – hampir setiap perlawanan beliau menjaringkan gol”.

“Dalam 4 perlawanan pertama EPL musim seterusnya, kami telah tewas kepada Southampton dan seri dengan Swansea. Kami kehilangan 5 mata dari sana”.

“Jika Suarez ada, kami mungkin memenangi kedua dua perlawanan tersebut. Terutama menentang Southampton di halaman sendiri”.

Suarez akhirnya menyertai Barcelona dengan nilai £74 juta pada 2014 2015.

ADMIN

Carra tak sebut satu lagi punca, Crystal Palace 3 Liverpool 3. 3 gol dalam masa 15 minit.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman