Perkembangan Terkini Kecergasan Allison, Keita dan Origi

Naby Keita sudah mula menjalani latihan di Melwood manakala Allison dan Origi menunjukkan perkembangan positif dalm sesi pemulihan mereka.

Keita sebelum ini mengalami kecederaan pinggul ketika perlawanan menentang Chelsea dalam aksi UEFA Supercup bulan lepas.

Dan Klopp mengesahkan juga bahawa Alisson dan Origi telah menunjukkan perkembangan baik dalam pemulihan kecederaan betis dan juga buku lali.

Menurut Klopp menerusi sidang media :

“Naby Keita kembali berlatih bersama pasukan. Hari ini adalah hari pertama beliau menjalani latihan bersama pasukan selepas cedera”.

“Ali menunjukkan perkembangan positif, namun masih jauh. Beliau kini menjalani sesi pemulihan bersama John Achterberg namun belum berlatih bersama sama pasukan”.

“Div, kami harus menilai dari hari ke hari. Itu adalah sesuatu yang kami lakukan dari hari pertama – bagaimana situasi beliau ketika pemulihan. Ianya masih terlalu awal jadi saya tidak tahu apa yang bahagian perubatan akan bercakap dengan saya selepas ini mengenai situasi beliau”.

“Saya berpendapat beliau tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea namun tidak sisihkan beliau. Mungkin beliau tidak dapat diturunkan”.

ADMIN

Perkembangan yang baik. Walaupun ada yang masih dalam sesi pemulihan.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman