Statistik Pra Perlawanan : Chelsea vs Liverpool

Sadio Mane boleh mencapai penanda aras jaringan gol peribadi beliau jika berjaya menjaringkan gol pada hari ini.

Beliau hanya kekurangan satu gol sahaja untuk menjadi pemain ke 10 Liverpool yang menjaringkan 50 gol untuk kelab.

Mane menjaringkan gol ke atas Chelsea dalam dua perlawanan berterusan, di Anfield musim lepas dan 2 gol ketika aksi UEFA Supercup 2019.

Berikut adalah statistik pra perlawanan Chelsea vs Liverpool :

Sejak Liga Perdana Inggeris dijenamakan, Liverpool dan Chelsea telah bertemu sebanyak 54 kali dengan 20 kemenangan dari kedua dua pasukan dan 14 kali seri.

Kemenangan di Stamford Bridge hari ini bakal menyaksikan Liverpool mencatatkan 7 kemenangan liga berterusan di gelanggang lawan.

Ini merupakan perlawanan ke 150 buat Klopp dalam liga sejak membimbing Liverpool. Beliau telah memenangi 91 perlawanan setakat ini, di mana sebelum ini dipegang oleh Kenny Daglish dengan 87 perlawanan.

Liverpool hanya tewas sekali dalam 9 pertemuan terakhir liga bersama Chelsea, dengan memenangi 3 perlawanan dan seri 5 perlawanan.

Liverpool hanya kekurangan 3 gol untuk mencatatkan 450 jaringan di bawah Klopp, dengan hari ini adalah perlawanan ke 217 di bawah beliau.

Jika Liverpool berjaya memenangi perlawanan hari ini atau seri, ianya merupakan rekod tanpa kalah ke 11 berterusan The Reds di gelanggang lawan, pencapaian terbaik mereka di Liga Perdana Inggeris.

Liverpool telah menjaringkan 9 gol dari 11 pertemuan di Stamford Bridge.

Fabinho akan melakukan penampilan ke 50 beliau bersama Liverpool dalam semua kejohanan jika diturunkan pada hari ini.

ADMIN

Mampukah Liverpool beroleh sesuatu dari Stamford Bridge hari ini? YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman