Jurgen Klopp Sahkan Joel Matip Cedera

Jurgen Klopp sahkan bahawa Joel Matip bakal terlepas aksi dalam perlawanan menentang Salzburg.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sahkan bahawa pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip telah mengalami kecederaan (pergeseran) dalam perlawanan Sabtu lepas, menentang Sheffield United, kemenangan 1-0 di tempat lawan itu. 

Ianya bakal menyebabkan pemain itu terpaksa ditinggalkan dalam senarai skuad menentang Salzburg pada awal pagi Khamis nanti. 

Pemain pertahanan tengah itu telah bermain bersama Virgil Van Dijk di Bramall Lane, ketika Liverpool mencatatkan kemenangan ke 7 berturut-turut dalam pembukaan musim ini di Liga Perdana Inggeris.

Salah satu kekalahan yang diterima oleh Liverpool pada musim ini adalah ketika perlawanan pembukaan menentang Napoli dalam mempertahankan kejuaraan Liga Juara eropah. Ianya memberi sedikit terkanan kepada Liverpool untuk meraih kemenangan pertama di Austria nanti.

Klopp juga menyatakan Matip tidak akan berlatih bersama skuad utama. Manakala penjaga gol, Allison dan pemain tengah Xherdan Shaqiri masih tidak lagi boleh diturunkan.

Dalam masa yang sama Jurgen Klopp menyatakan kemungkinan perlawanan semula dalam Carabao Cup ketika Liverpool menurunkan pemain yang tidak mendapat kelepasan antarabangsa.

“Dalam satu mood yang baik, semangat yang bagus, kami harus menunggu keputusan akhir tentang aspek kecergasan pemain.”

“Joel Matip secara jelas menerima pergeseran menetang Sheffield. Kami harus melihat apakah yang betul-betul berlaku (tentang kecederaan).”

“Selain daripadanya semuanya baik. Sudah pasti kami mempunyai pemain yang sebelum ini tidak boleh bermain. Namun, Shaq masih tidak boleh bermain. Allison hampir pasti bersedia untuk diturunkan tetapi bukanlah esok. Saya sangat selesa.”

Selepas itu, Jurgen Klopp ada menambah.

“Sudah pasti Joel tidak akan diturunkan. Kami tidak mahu mengambil risiko dan tidak perlu mengambil risiko.”

Klopp mungkin bakal menurunkan samada Joe Gomez atau Dejan Lovren di bahagian pertahanan pada kali ini.

Allison telah berlatih penuh bersama skuad utama minggu ini, walaupun berkemungkinan besar tidak akan diturunkan pada perlawanan Sabtu nanti menentang Leicester City di Anfield.

Dalam masa yang sama penyerang berbahaya Salzburg, Erling Braut Haaland yang dilaporkan cedera turut terbang bersama skuadnya ke Anfield.

Penyerang ini telah menjaringkan 14 gol dalam sembilan penamiplan musim ini termasuk jaringan hatrik menentang Genk pada perlawanan pertama Liga Juara Eropah yang lepas.

“Haaland sudah bersedia.”

“Apa yang memusykilkan saya adalah samada pemain ini akan diturunkan dalam kesebelasan utama atau turun selaku pemain gantian.” Kata Jesse Marsch selaku pengurus pasukan Salzburg.

Post Author: Bos LMreds