Klopp : Allison Bakal Diturunkan Menentang Man Utd Nanti

Salah satu nama pemain yang sentiasa mengujakan pengurus kelab Liverpool itu adalah Allison ketika ini.

Pemain itu bakal dipanggil balik dalam skuad kesebelasan utama Liverpool pada kali ini.

Pengurus Liverpool itu telah memaklumkan kepada Liverpool Echo bahawa beliau sentiasa kagum dengan prestasi penjaga gol itu ketika ini. 

Allison telah terkeluar dalam skuad utama ketika perlawanan pertama Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Walaubagaimanapun, penjaga gol itu kelihatan sangat bersemangat untuk kembali ke skuad utama dan ketika ini keadaannya sangat hampir untuk kembali dalam kancah perlawanan.

“Akan ada 2 pendapat. Satu pendapat daripada Ali. Satu lagi daripada bahagian medikal. Kami harus tunggu.”

“Kami harus melihat (daripada semua aspek). Dia berlatih dengan baik. Namun, Alli telah menghadapi satu kecederaan yang serius. Kami harus menunggu (keputusan medikal) ketika menentang Leicester (sekiranya diturunkan). Namun, ketika perlawanan United, 100 peratus.”

Pada ketika ini, Klopp tidak perlu terlalu tergesa-gesa kerana dirinya tidak dalam tekanan memandangkan prestasi Adrian yang sangat bagus ketika ketiadaan Allison ketika ini.

https://www.youtube.com/watch?v=cq2d7cSr8k4

Penjaga gol Sepanyol itu tidak mengecewakan walaupun perpindahan secara percuma dan ‘dipaksa’ untuk bermain dalam skuad utama Liverpool. Penjaga gol ini telah menerima kredit yang banyak daripada pemain.

Kehadiran Allison semula akan menyebabkan Liverpool akan sukar untuk ditembusi dan keadaannya ketika ini yang hampir cergas bakal untuk memberi input positif kepada skuad. 

Ditulis oleh : Bos LMreds (Facebook)

Post Author: Bos LMreds