Sadio Mane: Mengapa Saya Marah Kepada Mohamed Salah?

๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต

Sadio Mane akhirnya mendedahkan tentang hubungannya dengan Mohamed Salah, selepas pemain antarabangsa Senegal itu dilihat tidak berpuas hati terhadap rakan sepasukannya di Burnley.

Pemain penyerang Senegal itu kelihatan sangat berang dengan Mo Salah ketika Liverpool menundukkan Burnley 3-0 di Turf Mor.

Selepas itu, Mane telah ditukarkan dalam perlawanan tersebut menyebabkan ramai peminat merasakan berlaku pergaduhan di antara kedua pemain ini.

Akhirnya penyerang berusia 27 tahun ini, bercakap secara publik tentang apakah yang terjadi di antara mereka. Namun, Mane masih mengatakan ianya adalah โ€˜diantara mereka sahajaโ€™.

โ€œSoalan yang baik. Saya rasa apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Saya cuma berasa sedikit kecewa kerana dalam bola sepak anda pasti mahu menjaringkan gol yang lebih banyak.

โ€œAnda boleh melihat Manchester City meledak lapan, enam, tujuh gol. Anda boleh lihat itu ke tidak? Jadi, bagi saya dan juga pemain yang lain, amat penting untuk kami menjaringkan gol sebanyak yang boleh.

โ€œTetapi apa sahaja boleh berlaku kerana dia tidak melihat saya dan saya agak kecewa. Tetapi selepas itu, kami semakin rapat.โ€

Selain itu, Sadio Mane yang pernah bermain dalam skuad Salzburg atau liga tersebut menceritakan tentang pengalamannnya di sana.

โ€œLiga di sana sangat bagus. Saya pernah bermain selama 2 dan setengah tahun. Berjumpa dengan ramai orang yang bagus di kelab. Sebagai seorang manusia, saya belajar banyak di sana.โ€

โ€œMereka adalah satu pasukan yang sangat-sangat bagus. Ketika ini mereka bermain dengan baik. Kami perlu berikan tanda hormat kepada mereka kerana mereka adalah pendahulu kumpulan.โ€

โ€œKami merasakan satu perlawanan yang sangat sangat sukar. Kami cuba sedaya upaya untuk mendapat satu keputusan yang positif nanti.โ€

Nukilan Admin : Bos LMreds โ€“ Facebook

Mungkin peminat yang menokok tambah seolah-olah satu pergaduhan yang amat dasyat berlaku. Sedangkan ianya mungkin, pernah, dan pasti akan berlaku dalam satu perlawanan bola sepak. Selebihnya apa yang berlaku di padang akan ditinggalkan di padang sahaja.

Post Author: Bos LMreds