Christian Ziege: Jurgen Klopp Lebih Baik Daripada Semua Pengurus

Tiada yang lebih baik

Christian Ziege Menzahirkan Rasa

Ziege menyatakan bahawa pengurus daripada Jerman itu telah berjaya di Mainz, Borussia Dortmund dan Liverpool . Ianya menjadi salah satu yang paling terbaik sebagai seorang pengurus.

Bekas pemain pertahanan Liverpool ini menyatakan bahawa seharusnya Jurgen Klopp boleh dikatakan sebagai pengurus terbaik dalam sejarah bola sepak.

Prestasi Liverpool Bersama Klopp

Klopp telah membawa Liverpool meraih kejuaraan Liga Juara Eropah kali keenam setelah membenam Tottenham 2-0 dalam perlawanan akhir di Madrid musim lepas.

Ia setelah kekecewaan musim sebelumnya yang tewas di tangan Real Madrid 3-1 pada musim 2017-18. 

Musim lepas juga, Liverpool hanya ketinggalan 1 mata daripada juara bertahan Manchester City dengan 97 mata, pungutan mata paling terbanyak dalam sejarah Liverpool dan juga sebagai Naib Juara dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Terbaik Perlu Dinilai Daripada Liga Bawahan Juga

“Saya rasa perkara ini perlu diambil perhatian. Untuk mentarafkan seorang pengurus di dunia ini anda harus melihat kepada semua jenis pengurus. Termasuk yang sedang bekerja di liga bawahan.”

“Kondisi yang dialami oleh Klopp, Guardiola, Pochettino atau Niko Kovac tidak semestinya dialami oleh semua pengurus. Anda harus berhati-hati memilih gelaran tersebut.”

“Jika anda mendengar semua pendapat, tiada siapa yang mampu mengalahkan Klopp. Saya adalah peminat setia kerana dia bermula di Mainz. Ketika itu, berjaya berada di tempat keempat selama 3 tahun berturut-turut dalam liga kedua.”

Legasi Klopp

“Selepas itu, berjaya membawa Mainz ke ligha utama dan membina pasukan itu menjadi satu kelab yang lebih bagus.”

“Kemudian, dia bergerak ke Dortmund. Membawa kelab itu menjadi juara Jerman dan pencabar Liga Juara Eropah. Kerananyalah kelab itu masih kekal ketika ini.”

“Kemudian, berpindah ke Liverpool dan menjadi salah satu calon juara Liga Perdana Inggeris. Berjaya dan masih mengekalkan kejayaannya.”

“Berjaya mendapat kejuaraan Liga Juara Eropah dan naib juara liga tempatan dengan 97 adalah satu yang luar biasa. Ketika ini, masih mendahului liga walaupun liga masih awal. Ianya memberi bukti bahwa Klopp adalah jurulatih yang luar biasa.

“Apa yang terjadi (di semua kelab tersebut) bukanlah satu kebetulan sahaja.”

Menolak sebagai Calon Juara

Walaupun Liverpool melakukan permulaan yang sempurna dalam Liga Perdana Inggeris, namun, Ziege merasakan pasukan Reds tidak boleh dikatakan sebagai calon untuk mendapat kejuaraan liga.

“Mereka perlu bertemu City dua kali, United dua kali, Spurs dua kali. Arsenal dan Chelsea sekali.”

“Anda boleh tewas dalam perlawanan-perlawanan ini. Ianya lebih sukar untuk menang dalam perlawanan ini berbanding dengan pasukan yang berada di bawah.”

Dalam masa yang sama, pasukan lain harus berjaya untuk merapatkan jurang dengan Liverpool”.

“Ianya mampu berikan keyakinan (permulaan liga). But ianya boleh hilang dengan 2 perlawanan sahaja. Ianya satu keputusan yang terlalu awal dan banyak perkara boleh berlaku.”

Nukilan Admin 

Bos LMreds (Facebook): Liverpool hanya mendahului dengan 5 mata dan ianya boleh lenyap dengan 2 kali kekalahan mengejut dengan kelab bawahan atau kelab Top 6. Jika tidak kalah, Liverpool boleh ‘dinafikan’ jurang mata ini dengan seri sebanyak 5 kali.

Post Author: Bos LMreds