Terkini : Perubahan Waktu 8 Perlawanan Liverpool Untuk Disember 2019 dan Januari 2020

Perubahan waktu itu disebabkan oleh penyiaran siaran langsung di kaca TV. 

Merseyside Derby di Anfield akan diubah pada hari Rabu 4 Disember, dengan sepakmula pada 8.15 malam waktu tempatan ( Malaysia : Khamis 5 Disember 2019 jam 4.15 pagi ).

Skuad Jurgen Klopp juga akan menentang Watford di halaman sendiri pada hari Sabtu 14 Disember 2019 jam 12.30 tengahari waktu tempatan. ( Malaysia : Sabtu 14 Disember 2019 jam 8.30 malam ). 

Selepas itu mereka akan berlepas ke Qatar bagi kejohanan Piala Kelab Dunia 2019.

Manakala perlawanan pada Boxing Day ke Leicester City juga akan diubah pada 8 malam. ( Malaysia : Jumaat 27 Disember 2019 jam 4.00 pagi ).

Wolves akan bertandang ke Anfield selepas itu pada Ahad 29 Disember 2019 dan sepakmula pada jam 8.00 malam. ( Malaysia : Isnin 30 Disember 2019 jam 4.00 pagi ).

Perlawanan menentang Sheffield United pula diubah pada hari Khamis 02 Januari 2020 dengan sepakmula jam 8.00 malam ( Malaysia : Jumaat 03 Januari 2020 jam 4.00 pagi ).

Sky akan menyiarkan siaran langsung perlawanan antara Spurs dan Liverpool di White Hart Lane pada Sabtu 11 Januari 2020 pada 5.30 petang ( Malaysia : Ahad 12 Januari 2020 jam 1.30 pagi ).

Waktu sepakmula antara Liverpool dan Man United juga diubah pada hari Ahad 19 Januari 2020 jam 4.30 petang. ( Malaysia : 20 Januari 2020 jam 12.30 tengahmalam )

Dan yang akhir, perlawanan menentang Wolves akan dijadualkan pada hari Khamis 23 Januari 2019 jam 8.00 malam. ( Malaysia : Jumaat 24 Januari 2019 jam 4.00 pagi ).

ADMIN

Banyak waktu perlawanan yang kita akan bersengkang mata lepas ni. Hadap tetap hadap. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman