Liverpool, Man City dan Celtic Disaman oleh UEFA

LONDON: Liverpool dan Manchester City kedua-duanya didenda oleh UEFA atas salahlaku penyokong dalam perlawanan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Juara Eropah, Liverpool didenda sebanyak € 10,000 (aggaran RM 47 000) kerana “pencerobohan lapangan oleh penonton” selepas beberapa peminat berlari ke padang semasa dan pada akhir permainan mereka di Anfield ketika menentang Red Bull Salzburg.

Manakala, Juara Liga Perdana, City telah diperintahkan untuk membayar € 15,750 (kira-kira RM 74 000) kerana kesalahan penyokong yang membaling objek dalam perlawanan menentang Dinamo Zagreb pada awal bulan ini.

Juara Scotland, Celtic juga turut didenda € 12,000 (sekitar RM 56 000) selepas peminat mereka melemparkan mercun bunga api dalam pertemuan Liga Europa dengan Cluj awal bulan ini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : FMT

Post Author: Wade Wilson