Kecewa Di Juventus – Emre Can “Berminat” Menyertai Manchester United?

Beliau meninggalkan Liverpool pada Jun 2018 dan menyertai Juventus secara percuma.

Terdapat laporan di Itali, menerusi Tuttosports mendakwa beliau mahu kembali ke Premier League namun menyertai Manchester United. 

Ketika awal musim di Juventus, Can mempunyai masa depan yang cerah namun kini tidak lagi dengan melalui waktu sukar kariernya dan tidak menjadi pilihan utama di bawah jurulatih baru Maurizio Sarri. 

Pemain ini hanya melakukan 3 penampilan dari bangku simpanan musim ini dan tidak disenaraikan dalam skuad UCL Juventus musim ini. 

Menurut Can :

“Musim lepas saya dapat bermain dalam lebih banyak perlawanan, terutama sekali perlawanan yang penting. Saya bermain dengan baik ketika itu namun musim ini saya tidak dapat peluang seperti sebelumnya”.

“Namun saya berfikir sekarang bahawa saya akan kembali ke kelab selepas ini dan mendapat peluang itu sekali lagi”.

“Saya amat berterima kasih kepada Joachim Low. Saya tidak banyak minit permainan namun tetap dibawa bermain dalam skuad kebangsaan. Beliau berikan saya peluang. Itu sebabnya saya gembira dapat kembali bermain”.

Tuttosport mendakwa banyak kelab sedang memantau perkembangan beliau namun percaya perpindahan ke Man United dalam pilihan yang mungkin dilakukan. 

Mereka mendakwa Can boleh menjadi pilihan untuk pertukaran dalam perpindahan mega Juventus iaitu membawa kembali Paul Pogba. 

ADMIN

Harap perkara itu “tidak berlaku” di masa hadapan terutama melibatkan seteru Liverpool itu sendiri. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman