“Super Sub” Adam Lallana Bawa 1 Mata Untuk Liverpool Dari Old Trafford

Namun perlawanan ini diselubungi kontroversi dengan gol pendahuluan Marcus Rashford dan gol Sadio Mane dibatalkan oleh VAR. 

Jurgen Klopp kali ini menurunkan Alisson dan Joel Matip yang telah pulih dari kecederaan, namun menyenaraikan Origi dalam kesebelasan utama bagi menggantikan Mo Salah yang masih mengalami kecederaan. 

Kesebelasan Utama LFC

Namun Man United memulakan permainan dengan lebih tersusun dan kemas, dengan menguji kekebalan benteng Liverpool melalui sepakan percuma yang dikeluarkan Robbo pada minit ke 9. 

Minit ke 12 menyaksikan Wijnaldum melepasi kawalan Daniel James, dan kemudian Fred untuk berada di luar kawasan petak penalti Man United sambil melepaskan rembatan namun tepat kepada De Gea. 

Scott McTominay mendapat peluang untuk menguji Alisson menerusi satu rembatan di hadapan petak penalti pada minit ke 24, namun ia tepat ke dakapan Alisson. 

Minit ke 33 menyaksikan Mane melepasi kawalan pemain United, melarikan bola ke hadapan petak dan melorongkan bola kepada Firmino di hadapan petak penalti namun rembatannya lemah dan mudah untuk De Gea. 

Man United akhirnya mendahului menerusi gol jarak dekat Marcus Rashford pada minit ke 37 setelah menerima hantaran Daniel James, yang pada mulanya menjadi satu kontroversi awal apabila Origi terlebih dahulu dijatuhkan sebelum serangan itu dilakukan. 

Namun setelah penilaian dari VAR, maka pengadil Martin Atkinson memberikan gol itu untuk Man United. 

VAR tidak menyebelahi Liverpool pula selepas itu dengan gol Sadio Mane yang dibatalkan akibat terkena tangan selepas menerima hantaran jauh Trent pada minit ke 42. 

Kedudukan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama. 

Bersambung babak kedua, tumpuan Liverpool adalah memastikan serangan Man United dipatahkan dan cuba untuk menjaringkan gol penyamaan. 

Dengan usaha memburu gol penyamaan kurang berjaya, Klopp bertindak memgeluarkan Divock Origi dan memasukkan Alex Oxlade pada minit ke 59.

Alex Oxlade hampir memberikan impak sepenuhnya, apabila satu rembatan beliau pada minit ke 64 tidak tepat ke sasaran. 

Satu serangan pantas oleh Rashford memberikan beliau peluang untuk menambah gol, tapi rembatan beliau gagal menemui gawang gol Man United. 

Klopp kemudiannya mengeluarkan Henderson pada minit ke 71 untuk digantikan dengan Lallana, dan kemudian Keita untuk Wijnaldum.

Nyata kemasukan Lallana itu memberikan impak dalam serangan LFC, apabila akhirnya pemain itu menjaringkan gol penyamaan dengan menerima hantaran rendah Robbo di near post untuk disudahkan pada minit ke 84.

10 minit akhir menyaksikan Liverpool menguasai perlawanan, dengan sepakan lambung Trent melewati sedikit palang gol. 

Giliran Oxlade cuba melakukan satu rembatan leret di hadapan gol Man United namun sipi, dan perlawanan berkesudahan dengan kedua dua pasukan seteru bumi England ini berkongsi mata dengan Man United.

ADMIN

Fair and square. Apapun kita belum kalah dan YNWA. 

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman