Jurgen Klopp Puji Pemain Simpanan Liverpool Sebagai “Gamechanger” Menentang Man United

Adam Lallana, Alex Oxlade Chamberlain dan Naby Keita membantu Liverpool meraih satu mata di Old Trafford selepas dimasukkan. 

Paling signifikan adalah Adam Lallana, selaku salah seorang pemain dari bangku simpanan menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 5 minit dari waktu sebenar untuk menyamakan kedudukan bagi menyelamatkan 1 mata buat Liverpool. 

Naby Keita juga terlibat dalam gol penyamaan itu manakala Alex Oxlade Chamberlain hampir menjaringkan gol kemenangan di lewat permainan. 

Liverpool masih tidak tewas dalam perlawanan liga sejak Januari 2018 dan mempunyai kelebihan 6 mata di puncak liga berbanding pencabar terdekat Man City. 

Menurut Klopp :

“Ianya sangat penting. Mereka berada dalam kecergasan terbaik setelah dimasukkan dan memberikan impak berlainan”.

“Kami menjadi lebih baik selepas 3 pemain itu dimasukkan. Mereka banyak membantu dan saya amat gembira mengenai itu, terutama apabila Adam menjaringkan gol. Sangat penting”.

“Naby juga membantu, menaikkan semula tempo dan melakukan hantaran yang sukar untuk dijangka”.

“Sentuhan pertama beliau adalah melakukan hantaran kepada Robbo, dengan situasi beliau tidak dapat lakukan hantaran lintang. Perkara tersebut nampak mudah, tapi besar impaknya”.

Liverpool sukar bermain dengan baik dan ketinggalan pada awalnya menerusi gol kontroversi Marcus Rashford. 

Namun Liverpool mengubah formasi kepada 4 – 2 – 3 – 1 untuk mengekang formasi 3 – 5 – 2 Man United selepas itu nyata membuahkan hasil. 

Tambah Klopp :

“Permainan United amat jelas. Mereka lebih bersemangat bermain dengan Ashley Young segera menekan Trent selepas beliau menerima bola”.

“Kami tidak begitu memberikan impak. Kami melakukan banyak hantaran yang boleh dijangka dengan United bertahan menerusi perkara itu. Kami sukar bermain dengan baik”.

“Kami membuat keputusan untuk menghantar dua pemain bagi memecahkan benteng mereka, yang banyak membantu sekaligus menyukarkan mereka. Kami cuba mencipta peluang dan berjaya menjaringkan gol”.

ADMIN

Liverpool teruk ditekan semalam, namun selepas 3 pemain simpanan itu dimasukkan situasi berubah selepas itu. Good job! YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman