Roy Keane Labelkan Sikap Pemain Liverpool – Man United Di Terowong “Menjijikkan”

Lagenda Man United itu mahu pemain sekarang fokus untuk perlawanan derbi semalam.

Dan beliau amat “panas” dengan gelagat pemain Liverpool dan Manchester United yang berpelukan sesama sendiri ketika dalam terowong ke padang permainan di Old Trafford. 

Roberto Firmino dilihat sedang berbual dan tersenyum bersama sama Andres Pereira dan juga Fred sebelum mereka bergerak ke padang. 

Dan Roy Keane menyatakan mereka harus bersedia untuk “peperangan” di padang dan bukannya bersembang dengan rakan rakan sebelum perlawanan tersebut. 

“Saya amat jelek melihat situasi pemain yang berada di dalam terowong. Mereka mahu berperang, namun masih berpelukan antara satu sama lain”.

“Jangan sesekali lihat lawan. Anda akan berperang dengan mereka selepas itu”.

“Ini yang dimaksudkan dengan perlawanan tidak banyak berubah namun sikap pemain yang berubah”.

“Berbual dengan mereka selepas perlawanan atau tidak perlu berbual langsung”.

Keane sering diingati sebagai pemain yang panas baran dan sering menimbulkan kekecohan ketika di terowong ke bilik persalinan dengan pemain lawan. 

Antara perseteruan yang paling diingati adalah ketika bertelagah dengan Patrick Vieira dalam terowong di Highbury. 

ADMIN

Teruk sangat ke game sekarang sampai tak boleh berbual sesama sendiri?

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman