Boleh Jemput Aston Villa Ke Qatar Dan Bermain Di Sana Tak? – Jurgen Klopp

Jurgen Klopp belum lagi mencari jalan penyelesaian bagaimana mereka mahu bermain dalam 2 perlawanan dalam masa 2 hari di tempat berbeza. 

The Reds telah dimaklumkan bahawa mereka akan menentang Aston Villa pada Selasa 17 Disember 2019, 24 jam sebelum sepakmula perlawanan separuh akhir Piala Kelab Dunia di Qatar. 

Liverpool terpaksa menerima tarikh itu berikutan tiada alternatif yang realistik untuk perubahan jadual perlawanan itu, dengan perlawanan menentang West Ham United telah diubah ke tarikh lain yang akan ditetapkan demi memberi laluan Liverpool di kejohanan di Qatar itu. 

Menurut Klopp :

“Kami akan bertanya kepada Aston Villa samada mereka mahu ke Qatar, dan mengadakan perlawanan tersebut di sana.”

“Sebenarnya tidak. Kami ada idea bagaimana mahu melakukannya namun masih terlalu awal untuk memikirkan perkara itu”.

“Kami terpaksa membuat keputusan awal, kerana kesemua alternatif hanya memberikan lebih banyak masalah dari jalan penyelesaian”.

“Dan semuanya kami memerlukan masa untuk memikirkannya. Banyak lagi benda penting yang kami harus fikirkan, kami harus fokus dengan perlawanan hari ini dan perlawanan seterusnya”.

“Dalam masa beberapa minggu lagi kami akan nampak gambaran sebenar. Namun akhirnya kami akan menurunkan pasukan Liverpool 100%”.

Klopp juga ditanya adakah kelab sedang ditekan oleh FIFA dan juga EFL mengenai jadual perlawanan bertindih itu, dengan sebelum ini terdapat cakap cakap bahawa Liverpool akan menarik diri dari kejohanan EFL untuk fokus di Qatar. 

“Adakah saya berkata kami mesti lakukannya? Anda mahu kelab terlibat dengan masalah dengan FIFA? Saya tidak pasti. Adakah anda mahu menimbulkan masalah dengan EFL? Mungkin tidak”.

“Kami menghormati kejohanan itu. Bunyinya seperti kami tidak mahu bermain dalam Carabao Cup, tetapi ianya tidak benar. Apa yang saya tidak suka mengenai Carabao Cup adalah perlawanan separuh akhir timbal balik”.

“Itu sahaja yang saya tidak faham kerana ianya berlaku ketika waktu sibuk. Saya tidak sukakan itu tetapi ianya kejohanan yang bagus”.

Kejohanan Piala Kelab Dunia pula akan muncul setelah anda menjuarai UCL. Ianya tidak akan berlaku lagi dalam masa terdekat dan kami mahu mengambil kesempatan untuk bermain di sana”.

“Adakah ianya masa yang sesuai buat kami? Tidak, kerana ianya waktu yang sangat sibuk. Namun kami akan hadir dan bermain dalam semua perlawanan dengan apa yang kami miliki”.

Tambah Klopp lagi :

“Saya tidak mahu menarik diri. Saya berasal dari Germany, jadi mengapa saya perlu menarik diri dalam kejohanan Inggeris. Namun masih ada ruang untuk membincangkan perkara itu, dan itu yang saya lakukan”.

“Sesetengah orang tidak sukakan itu, namun saya tidak mampu mengubahnya. Masalah yang jelas setiap musim. Setiap tahun kami bermain dalam situasi yang sama dan ramai menyatakan bahawa ianya melucukan kerana kami bermain 3 perlawanan dalam masa 5 hari”.

“Sebab itulah saya mengajak mereka duduk semeja untuk membincangkan masalah itu, kerana jalan penyelesaian sekarang masih menjadi masalah utama”.

ADMIN

The show must go on, both. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply