Barcelona Masih Dihantui “Sindrom Anfield?” – Media Spain

Kebangkitan Liverpool di Anfield ketika UCL 2018 2019 didakwa memberi kesan kepada persembahan Barcelona ketika ini. 

Kelab Catalan itu mengharungi satu lagi keputusan mengejutkan dalam kancah UCL apabila diikat 0 – 0 tanpa jaringan oleh Slavia Prague, di saat Liverpool mencatatkan kemenangan ketiga mereka dalam UCL musim ini ketika menentang Genk. 

Ia bukanlah keputusan buruk pertama dicatatkan oleh kelab Catalan itu sejak kekalahan ke atas Liverpool dari segi agregat 4 – 3 pada Mei lepas. 

Sebelum ini mereka ditumpaskan oleh Levante 3 – 1 di gelanggang lawan, di mana ianya kekalahan ketiga yang dialami kelab Catalan itu dari 11 perlawanan musim ini. 

Ianya menyamai rekod kekalahan yang dicatatkan dalam liga sepanjang musim 2018 2019 di mana mereka dinobatkan sebagai juara La Liga.

Sebahagian media Spain mendakwa skuad bimbingan Ernesto Valverde ini mengalami “sindrom Anfield” pada musim ini.

Selepas kekalahan ke atas Liverpool yang menyaksikan mereka tersingkir dari kejohanan, Barcelona terlepas satu lagi kejuaraan domestik apabila tewas kepada Valencia dalam perlawanan akhir Copa Del Rey. 

Musim ini menyaksikan mereka mengalami kekalahan pertama dalam perlawanan pembukaan liga dengan kekalahan 1 – 0 ke atas Athletic Bilbao dan satu lagi kekalahan ke atas kelab Granada.

Dipetik menerusi Sportwitness, media Spain mendakwa Valverde “masih terperangkap” di Anfield dan juga “memikirkam mengenai Liverpool” setiap hari setelah kekalahan 2 – 0 ke atas Granada. 

Dan selepas kekalahan ke atas Levante, media lain mendakwa Barcelona masih mempunyai “luka yang masih berdarah”.

Ketika ini Barcelona berada di kedudukan teratas La Liga dengan 22 mata dengan Real Sociedad dan Real Madrid mempunyai kutipan mata yang sama dengan dipisahkan perbezaan gol.

Mereka masih berada di kedudukan teratas Kumpulan F dalam UCL. 

ADMIN

Entahlah, mungkin kekalahan di Anfield itu sedikit sebanyak memberi kesan.

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply