Ederson Tersisih Akibat Kecederaan Menjelang Pertemuan Ke Atas Liverpool

Beliau mengalami kecederaan otot ketika perlawanan menentang Atalanta dalam kancah UCL minggu ini. 

Dan Pep Guardiola mengesahkan bahawa Claudio Bravo bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Liverpool.

Bravo sebelum ini dilayangkan kad merah ketika perlawanan di Itali dan kali terakhir beliau bermain untuk City adalah pada Mei 2018.

Menurut Guardiola :

“Ederson tidak akan diturunkan pada Ahad ini. Berapa lama beliau akan tersisih? Saya tidak tahu”.

“Kami masih mempunyai penjaga gol yang baik. Bravo membantu kami memenangi gelaran EFL dan FA Cup sebelum ini. Beliau bermain dengan baik dan banyak membantu negara Chile dalam skuad kebangsaan. Sudah semestinya”.

ADMIN

So sapa ada Ederson dalam FPL sila benchkan dulu. 

Sumber : SkySports

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply