Tiada Peluang Untuk Mendapatkan Kylian Mbappe – Jurgen Klopp

Liverpool dikaitkan dengan khabar angin perpindahan pemain itu namun Klopp menepis dakwaan tersebut. 

Dan Jurgen Klopp menghampakan harapan peminat Liverpool ketika ini dengan menyatakan kelab itu ‘tiada peluang’ untuk mendapatkan Kylian Mbappe. 

The Reds sebelum ini pernah mengemukakan tawaran buat beliau ketika 2017 di Monaco, dan baru baru ini tajaan Nike pada musim hadapan mengukuhkan lagi khabar angin mengenai pemain ini. 

Mbappe merupakan salah seorang bintang yang ditaja Nike, dengan presiden Real Madrid telah menyatakan kerisauannya mengenai kekuatan struktur kewangan Liverpool untuk menyaingi kelab Spain itu mendapatkan Mbappe. 

Namun Klopp mendedahkan bahawa prospek untuk mendapatkan Kylian Mbappe bukanlah perancangan jangka panjang beliau. 

Menurut Klopp :

“Terdapat sebab utama mengapa kami tidak berhasrat mendapatkan Mbappe walaupun beliau pemain yang bagus”.

“Ianya berkaitan kewangan. Dan semestinya tiada peluang, maaf kerana saya terpaksa menepis dakwaan ini”.

“Saya tidak terfikir ada kelab di dunia ini yang mampu membeli Mbappe dari PSG. Ianya termasuk kami dan kami tidak mampu melakukannya”.

“Kami tiada apa perlu dicakapkan secara jujurnya, namun membeli pemain yang berkaliber sebegini adalah sangat sukar”.

“Pasukan sedia ada sekarang berada di zaman kemuncak prestasi dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa”

ADMIN

Klopp tak belanja £200 juta untuk pemain rotation. Hahaha.

Sekarang ni dah 11 game liga tak terkalah, masih ada tak percaya dengan barisan sedia ada.

Sumber : David Maddock – Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply