Laungan “Si Senor” Memotivasikan Saya! – Roberto Firmino

Beliau memberi pandangan kepada lagu yang dicipta peminat Liverpool di Anfield untuknya dan pandangan mengenai pertembungan Liverpool – Man City. 

Lagu atau laungan “Si Senor” menjadi sebutan di bibir peminat Liverpool dalam setiap perlawanan dan sepatutnya dilaungkan “Sim Senhor” jika disebut dalam bahasa Portugis di Brazil. 

Namun Firmino tidak kisah mengenai itu dan menghargai lagu ciptaan peminat Liverpool ini khas untuk beliau. 

Lirik dan video lagu itu adalah seperti berikut :

“There’s something that the Kop want you to know,

“The best in the world his name is Bobby Firmino,

“Our number nine,

“Give him the ball and he’ll score every time,

“Si senor, 

Give the ball to Bobby and he will score.”

Bercakap menerusi ESPN Brazil, Firmino berkata :

“Ianya menarik. Rentak lagu itu bertempo Latin, dan ada juga bertempo La Bombanera. Ianya sangat memotivasikan.”

“Untuk sesiapa yang bermain di padang, ianya sangat bagus jika peminat menyanyikan lagu untuk mereka. Ianya memotivasikan untuk melakukan sesuatu yang terbaik di atas padang sekaligus membantu pasukan”

Firmino juga dikenali sebagai seorang yang ‘happy go lucky’ dan apabila ditanya senyuman siapakah yang paling menawan antara beliau, Klopp dan Mane beliau serta merta memuji senyumannya sendiri. 

“Di antara kami, senyuman saya yang paling menawan”.

“Namun saya bersyukur mereka tidak dapat menirunya, walaupun mereka tetap mencuba”.

“Setiap senyuman itu akan menyebabkan setiap orang akan gembira”.

Menjelang pertemuan antara Liverpool dan Man City hujung minggu ini, meskipun The Reds mendahului dengan 6 mata namun mereka tidak mahu tewas dalam perlawanan ini. 

“Ianya perlawanan dua kelab terhebat yang berebut kedudukan teratas liga”.

“Kami tidak boleh tewas. Ianya perlawanan 6 mata. Kami harus melakukan dengan berhati hati dan bermain sebaiknya”.

ADMIN

Korang boleh hafal lirik lagu ini untuk chanting semasa LV. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply