Perkembangan Terkini Kecergasan Matip, Henderson Dan Van Dijk

Jurgen Klopp mengesahkan Van Dijk dan Henderson bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Man City pada pagi Isnin. 

Namun Joel Matip dijangka tidak diturunkan dan Klopp akan memilih pemain pertahanan mana yang akan digandingkan bersama Van Dijk. 

Virgil Van Dijk dilaporkan terlepas sesi latihan pada hari Khamis, berikutan beliau tersenarai sebagai salah seorang undangan rasmi dari kerajaan Netherlands untuk makan malam bersama keluarga diraja Netherlands. 

Henderson pula dilaporkan tidak bersama skuad untuk menentang Genk kerana jatuh sakit. 

Menurut Klopp :

“Virgil tidak berada di sini atas sebab peribadi, namun beliau okay sahaja”.

“Hendo sudah pulih. Joel masih tersisih seperti Shaq dan Clyney”.

Tiada jangka masa bilakah Joel Matip akan pulih berikutan kecederaan lutut, Dejan Lovren digandingkan bersama Virgil Van Dijk untuk barisan pertahanan.

Namun ketika perlawanan menentang Genk, Joe Gomez digandingkan bersama Van Dijk dan ini memberikan Klopp pilihan siapakah gandingan pertahanan dalam perlawanan menentang Man City. 

Fabinho sebelum ini direhatkan dalam perlawanan menentang Aston Villa untuk mengelakkan beliau menerima kad kuning kelima yang boleh menyebabkan beliau digantung perlawanan menentang Man City. 

ADMIN

Hampir semua pemain utama akan cergas menjelang perlawanan menentang Man City. 

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply