Serangan Ke Atas Bas Man City Telah Memulakan Perseteruan – Vincent Kompany

Peminat Liverpool didapati merosakkan bas Man City di Anfield dalam perlawanan UCL 2 tahun lalu – dengan Liverpool memenangi kedua dua perlawanan. 

Dan bekas pemain Man City itu mendakwa serangan ke atas bas Man City itu telah memulakan perseteruan antara dua kelab. 

City dalam perjalanan ke Anfield untuk menghadapi perlawanan pertama Suku Akhir UCL 2018 ketika mereka disambut dengan balingan suar dan botol.

Ini menyebabkan Liverpool terpaksa memohon maaf dengan Man City dan didenda £17,500 dari UEFA – namun setelah 130 jam melihat rakaman video polis gagal menahan pelaku insiden tersebut. 

Dan insiden itu dikatakan sebagai permulaan kepada perseteruan antara kedua dua kelab. 

Ianya semakin sengit ketika musim lepas di mana akhirnya Man City memenangi pertempuran liga sepanjang musim dengan menjulang kejuaraan EPL yang hanya dipisahkan 1 mata dengan Liverpool. 

Dan musim ini menyaksikan kedua dua pasukan bersaing lagi untuk kejuaraan liga, dan Vincent Kompany mendakwa insiden pada 2018 itu adalah permulaan kepada segala galanya. 

Menurut Kompany menerusi bukunya Treble Triumph :

“Perseteruan semakin meningkat dan mereka menjadi pasukan yang kami mahu tewaskan. Mood setiap peminat Man City menjelang perlawanan dengan Liverpool berubah”.

“Liverpool sering dilihat sebagai perlawanan yang sukar namun semakin hari semakin mendapat perhatian”.

“Tiada apa yang perlu kami takutkan semasa dalam bas itu. Tetapi ianya tidak seharusnya berlaku”.

“Kredit kepada Liverpool, mereka menjadi pasukan yang sukar untuk dikalahkan. Tetapi saya melihat ia jelas menampakkan perseteruan”.

“Sekaligus ia merubah cara kami untuk melihat perlawanan ini. Ianya jadi semakin penting untuk kami memenangi perlawanan ke atas Liverpool”.

ADMIN

Seteru kejuaraan mungkin Manchester City tapi seteru abadi Liverpool adalah jiran anda, Manchester United. 

Sumber : Daily Mirror

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply