Alex Oxlade Dan Naby Keita Mempunyai Dilema Tersendiri – Stephen Warnock

Namun beliau menjangkakan kedua dua pemain itu akan diturunkan lebih kerap selepas ini. 

Alex Oxlade Chamberlain telah memperagakan reputasi yang dimilikinya setelah menjaringkan gol kemenangan ke atas Genk pada perlawanan UCL minggu ini. 

Pemain berusia 26 tahun itu telah menempuhi saat sukar sejak tiba dari Arsenal namun berjaya memenangi hati peminat Liverpool selepas itu. 

Namun beliau mengalami kecederaan lutut serius dan terlepas majoriti perlawanan pada musim 2018 2019 berikutan masalah itu. 

Beliau perlahan lahan kembali bermain untuk Liverpool namun persembahan beliau beberapa perlawanan ini telah menyerlahkan kembali kualiti yang dimilikinya. 

Dua gol beliau ketika menentang Genk di halaman lawan dan satu gol di halaman sendiri menentang pasukan yang sama telah mempamerkan kualiti yang dimiliki beliau, namun isu yang beliau alami sekarang bagaimana untuk meletakkan beliau bermain dengan persaingan yang hebat di kalangan pemain tengah Liverpool. 

Bekas pemain Liverpool, Stephen Warnock menjelaskan pendapatnya bagaimana mahu meletakkan Oxlade lebih kerap bermain – tetapi Naby Keita tidak seharusnya digandingkan bersama bekas pemain Arsenal itu. 

Warnock menerusi Echo :

“Saya berpendapat beliau akan lebih kerap diturunkan dalam aksi Liga Perdana. Anda boleh lihat kreativiti dan berjaya melepasi lawan dengan baik”.

“Apa yang menyukarkan beliau dan Keita adalah menggandingkan dengan Fabinho. Saya berpendapat keseimbangan bahagian tengah akan hilang jika tiada pemain tengah defensif”.

“Oxlade Chamberlain akan selalu mara ke bahagian pertahanan lawan dan menyebabkan bahagian pertahanan terdedah kepada serangan balas. Itu sebabnya Liverpool memerlukan Hendo, Gini dan Milner di posisi itu”.

“Mereka boleh menggandingkan Ox dan Fabinho namun bukan Keita pada perlawanan yang sama”.

“Fabinho telah meletakkan beliau sebagai pemain pertahanan defensif yang baik. Wijnaldum selalu bermain dengan baik ketika dalam tekanan dan Milly serta Hendo sangat berpengalaman ketika menghadapi pasukan kuat”.

“Untuk menyeimbangkan kekuatan bahagian tengah, saya berpendapat Oxlade harus bermain di sebelah kanan tengah dengan Wijnaldum bermain di sebelah kiri dan Fabinho di posisi nombor 6”.

ADMIN

Itu mungkin pendapat dia la. Cuma Klopp sekarang banyak buat rotation midfield untuk mengekalkan kecergasan dan injury risk free. 

Sumber : Liverpool Echo

 

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply