Saya Sukakan Suasana Di Anfield – Kevin De Bruyne

Pemain tengah Man City ini masih menunggu kemenangan pertama kelab itu di Anfield. 

Dan beliau mengagumi suasana di Anfield menjelang pertemuan ke atas Liverpool pada hari ini. 

Sebelum ini skuad Pep Guardiola telah kehilangan beberapa khidmat pemain utama mereka berikutan kecederaan seperti Ederson, David Silva, Rodri, Aymeric Laporte dan juga Leroy Sane. 

Sebahagian peminat Man City melabelkan perlawanan ini sebagai misi wajib menang kelab mereka, namun tekanan juga kepada Klopp kerana harus mengambil kesempatan untuk mencatatkan kemenangan ketika bertemu juara bertahan di halaman sendiri. 

Tetapi Kevin De Bruyne mendedahkan bahawa beliau amat suka bermain di suasana Anfield, seperti yang beliau jelaskan menerusi Sky Sports :

“Jika anda adalah pasukan yang mahu bersaing untuk kejuaraan liga, ini adalah pasukan yang anda mahu bermain”.

“Saya sukakan Anfield. Saya suka peminat bersama dengan anda, itu kecintaan sebenar dalam bolasepak”.

“Sejak akhir akhir ini, banyak benda baru diperkenalkan dalam bolasepak namun saya sukakan stail yang lama. Peminat menyokong pasukan mereka bermain dengan baik. Itu yang saya belajar di Germany di mana peminat di belakang pasukan 100%”

“Peminat di Anfield akan membuatkan pasukan mereka semakin bersemangat namun ini akan membuatkan anda bermain di tahap terbaik anda. Itu yang anda mahukan sebagai pemain”.

“Anda berjuang dari awal untuk berada di sini. Itu adalah penghargaan setelah kerja keras anda sejak kecil”.

“Anda tahu jika bermain di gelanggang lawan, peminat tidak akan menyokong anda dan begitulah ketika anda bermain di halaman sendiri. Ianya putaran hidup sebagai pemain”.

ADMIN

Jarang pemain rival suka dengan suasana Anfield ni. Rasanya dia fans LFC kan? Haha.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply