Liverpool Kekalkan Rekod Tanpa Kalah Di EPL : Tewaskan Man City 3 – 1 Di Anfield

Gol awal daripada Fabinho dan Mo Salah, serta jaringan Sadio Mane membolehkan Liverpool mengukuhkan cengkaman di takhta liga. 

Jurgen Klopp kali ini menyenaraikan Dejan Lovren untuk bergandingan di bahagian pertahanan, manakala Wijnaldum, Fabinho dan Henderson bergandingan semula di bahagian tengah.

Liverpool memulakan perlawanan dengan baik apabila menggamatkan stadium dengan jaringan Fabinho dari minit ke 5.

Bola yang dikeluarkan oleh pertahanan City tepat ke Fabinho yang meluru dan sekaligus melepaskan rembatan ke gol melepasi jangkauan Claudio Bravo. 

Man City cuba bertindakbalas selepas itu, dengan satu sepakan percuma dari kiri tepat kepada Sterling namun tidak tepat ke gol pada minit ke 8.

Minit ke 11 menyaksikan Man City menguji kekuatan benteng Liverpool dari segi set pieces, namun kali ini Aguero gagal menyempurnakan peluang terhidang di hadapan gol.

Seminit selepas itu, satu hantaran jauh Trent tepat ke arah Robbo yang melakukan larian dan menghantar terus ke tengah untuk Mo Salah menanduk masuk bagi membolehkan The Reds selesa di hadapan. 

Minit ke 24 menyaksikan kelincahan Aguero hampir memberikan gol buat Man City dengan rembatan kencang ke gol namun ditepis Alisson. 

Angellino selepas itu melakukan hantaran 1 – 2 bersama sama Kevin De Bruyne dan beliau cuba menguis masuk bola tetapi malangnya terkena tiang dan keluar pada minit ke 28.

Liverpool amat baik dari segi transition dari bertahan ke menyerang, dengan menyaksikan Trent melakukan larian ke gol dengan lorongan kepada Firmino, di mana menyaksikan rembatan Firmino ditepis oleh Bravo pada minit ke 37.

Serangan pantas Man City hampir memerangkap Liverpool pada minit ke 41, apabila Aguero membuat larian pantas ke gol dan melepaskan rembatan namun malangnya tersasar. 

Sejurus sebelum tamat separuh masa, satu rembatan Mo Salah di kawasan sudut atas ditepis dengan baik oleh Bravo. 

Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan memperkemaskan rentak untuk mencari gol. 

Namun Liverpool melebarkan jarak jaringan pada minit ke 50, apabila hantaran lintang Henderson dari garisan tepi ditanduk Mane di bahagian near post untuk The Reds mendahului selesa 3 – 0.

Man City cuba merapatkan jurang dengan satu rembatan Sterling pada minit ke 53, dihadang Lovren di hadapan gol. 

Jurgen Klopp melakukan pertukaran pertamanya dengan lebih awal iaitu di minit ke 60, dengan Milner menggantikan Hendo. 

Peluang yang dimiliki Aguero pada minit ke 67 dipersia siakan apabila kuisan beliau di menerusi hantaran hadapan gol tidak mengena.

Man City mula menguasai perlawanan di 15 minit akhir dengan memfokuskan serangan dari Raheem Sterling dan Anggelino. 

Dan mereka berjaya merapatkan jurang gol apabila Bernardo Silva melakukan rembatan leret pantas dan menewaskan Allison pada minit ke 77.

Klopp melakukan pertukaran selepas itu dengan mengeluarkan Mo Salah, dan minit ke 85 dengan Joe Gomez menggantikan Firmino namun serangan bertali arus Man City segera dipatahkan Liverpool hinggalah wisel penamat dibunyikan. 

ADMIN

Kemenangan yang cukup bermakna buat Liverpool di halaman sendiri bagi melebarkan jurang mata. YNWA.

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply