Pep Guardiola Mengakui Man City Sangat Sukar Berhadapan Dengan Liverpool

Pengurus Man City itu membincangkan mengenai kekalahan pasukan bimbingannya dan mengakui pasukannya amat sukar bermain ketika menentang Liverpool. 

Namun beliau menyatakan kekalahan pasukannya itu adalah salah satu persembahan yang membanggakan sepanjang kariernya sebagai pengurus. 

Juara bertahan itu tewas kepada Liverpool dan menyebabkan mereka ketinggalan 9 mata di belakang Liverpool, dengan The Reds hanya tewas sekali dalam 51 perlawanan dan telah mengutip 34 mata dari 12 perlawanan sahaja. 

Menurut Pep Guardiola :

“Mereka sangat bagus dalam situasi bola mati. Apabila anda bertahan di dalam petak penalti, mereka mempunyai Trent dan Robbo untuk melakukan hantaran lintang. Kemudian Wijnaldum yang sering menguasai second ball, anda sukar untuk bermain dengan baik dalam situasi second ball”.

“Kualiti terbesar yang dimiliki Jurgen sebagai pengurus adalah transition”.

“Semuanya telah dirancang sebelum perlawanan. Anda menunggu hantaran lintang dan serangan balas. Kami telah mencuba sedaya upaya. Dan masih ada peminat yang berkata; kami mahu lihat Man City bermain bolasepak sebenar”.

“9 mata bukanlah sesuatu yang mudah. Tahun lepas mereka hanya tewas sekali, dan kali ini 12 perlawanan, 11 kemenangan tetapi syukurlah ianya masih bulan November”.

“Adakah ini tahun mereka? Rakan saya Jurgen mungkin mampu menjelaskannya”.

Meskipun tewas, namun Pep Guardiola masih mampu berbangga dengan keupayaan pasukannya.

“Saya rasa kami telah menunjukkan kemampuan kami di stadium yang sukar dimenangi ini, sebab mengapa kami bergelar juara bertahan”.

“Tiada apa perlu diperkatakan kecuali kami tewas dalam perlawanan ini”.

“Tahniah kepada Jurgen dan pasukannya yang hebat, ianya perlawanan yang baik untuk EPL untuk jutaan peminat di seluruh dunia”.

“Mungkin anda boleh belanja kami berdua Jurgen sebotol minuman keras!”

ADMIN

Sememangnya pertembungan taktikal antara Klopp dan Pep bukanlah sesuatu yang asing sekarang. Ianya perlawanan minda antara dua jurulatih. 

Sumber : Liverpool Echo

 

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman