Sukar Nak Cari Penyerang Serangkai Seperti Salah Firmino Dan Mane – Iker Casillas

Beliau memuatnaik satu post di halaman Tweet rasmi beliau mengenai Salah, Firmino dan Mane di Liverpool. 

Berikut adalah foto imbasan dari laman Twitter beliau :

Ianya berbunyi :

“Susah nak mencari tiga penyerang serangkai seperti ini; Salah Firmino Mane”. 

( Pandai admin berbahasa Spain .. Haha )

Salah menjaringkan gol menerusi tandukan hasil hantaran Andy Robertson, dan kemudian diikuti oleh gol Mane menerusi tandukan “dive” di hadapan gol hasil hantaran Henderson. ( Dive la tu … Dive untuk skor )

Firmino dikeluarkan ketika perlawanan memasuki minit ke 77, namun persembahan beliau sememangnya bagus sebelum itu dengan mempamerkan kawalan bola yang baik dalam situasi pantas. 

Mo Salah mempamerkan persembahan yang cukup baik walaupun masih dihantui kecederaan buku lali, manakala Mane menjaringkan gol ke – 11 beliau dalam semua kejohanan musim ini. 

ADMIN

Kita bertuah kerana memiliki mereka bertiga, dan pasukan Liverpool sekarang. YNWA. 

Sumber : Empire Of The Kop

Post Author: Mohd Nuruzzaman