Sterling Digugurkan Dari Skuad England Menentang Montenegro – Bergaduh Dengan Joe Gomez

Kedua dua pemain itu terlibat dalam insiden pergaduhan ketika sesi latihan skuad Three Lions, 24 jam selepas berakhir perlawanan antara Liverpool dan Man City. 

Pengurus England mengambil keputusan itu selepas beberapa pemain menyaksikan Sterling menimbulkan situasi panas ke atas Joe Gomez di padang latihan skuad Three Lions. 

Sterling dilaporkan masih tidak berpuas hati dan menimbulkan pergeseran itu kembali apabila melapor diri untuk sesi latihan pasukan kebangsaan di St George Park. 

Dilaporkan Sterling ketika itu cuba memprovokasi untuk mendapatkan reaksi dari Joe Gomez dan saksi telah mendengar Sterling bertanya kepada Gomez “adakah beliau anak jantan”.

Namun Gomez dilaporkan tenang dan tidak mahu terlibat dengan insiden itu lebih lanjut tetapi terkejut melihat Sterling bertindak sedemikian.

Difahamkan Sterling memohon maaf kepada rakan sepasukannya itu namun ia tidak cukup buat Southgate yang mengenakan tindakan kepada pemain itu. 

Menurut Southgate :

“Kami telah membuat keputusan untuk mengugurkan Raheem Sterling menjelang perlawanan dengan Montenegro”.

Difahamkan Gomez masih marah di atas layanan Sterling terhadap beliau namun Southgate berharap tindakan itu dapat meredakan kemarahan beliau. 

Sebelum itu kedua dua pemain telah berpelukan dan berjabat tangan setelah berakhir perlawanan di Anfield namun Gomez terkejut Sterling menimbulkan provokasi itu 24 jam selepas perlawanan tersebut. 

ADMIN

Koyak teruk Raheem Sterling ni. Dah habis game tu dah la. 

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman