Liverpool Tidak Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat Ryan Fraser Atau Denis Zakaria

Difahamkan kelab tidak berminat untuk mendapatkan kedua dua pemain ini pada Januari hadapan. 

Pemain sayap Bournemouth difahamkan akan tamat kontrak pada musim hadapan dan mana mana kelab boleh mendapatkan beliau dengan harga yang cukup murah bermula Januari hadapan. 

Terdapat laporan mendakwa Klopp bersedia untuk menguji Bournemouth dengan bidaan untuk pemain itu dengan kelab selatan England itu berpotensi untuk kehilangan salah seorang pemain bintang mereka musim panas hadapan. 

Fraser sebelum ini menarik minat beberapa kelab musim lepas dengan menyumbangkan 14 assist dan 7 gol untuk membantu kelab itu kekal di Liga Perdana musim ini. 

Namun Echo difahamkan bahawa Klopp tidak berminat untuk mendapatkan pemain itu dengan beliau gembira dengan apa yang dimiliki kelab buat masa sekarang. 

Sekaligus Van Dijk kekal sebagai satu satunya perpindahan mega pada perpindahan Januari di bawah Klopp dengan Liverpool tidak menganggap perpindahan Januari ini adalah sesuatu yang penting dengan jadual perlawanan yang padat selepas cuti antarabangsa November ini. 

Selain itu, laporan yang memetik Denis Zakaria bakal menyertai Liverpool dari Mochengladbach juga adalah tidak benar. 

Liverpool merupakan beberapa kelab yang dikatakan memantau pemain ini selain dari Atletico Madrid dan Inter Milan. 

Namun difahamkan Klopp lebih berminat dengan pilihan sedia ada dalam Liverpool ketika ini yang dibarisi James Milner, Alex Oxlade Chamberlain, Jordan Henderson, Naby Keita, Adam Lallana, Fabinho, Gini Wijnaldum dan Xherdan Shaqiri, dan memiliki pemain lain bukanlah agenda. 

Perpindahan Januari kali ini bakal menyaksikan Liverpool akan “senyap” lagi sambil mempersiapkan pasukan untuk menghadapi cabaran di EPL, UCL dan kejohanan domestik. 

ADMIN

Barisan sedia ada pun dah hampir mantap. Unless ada yang nak minta keluar. Tapi percayalah, tiada yang berhasrat keluar. 

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman