Andy Robertson Dan Mo Salah Mengalami Kecederaan Buku Lali

Kedua dua pemain itu berkemungkinan akan terlepas perlawanan liga menentang Crystal Palace selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa.

Sebelum ini Mo Salah telah dihantui masalah buku lali sejak perlawanan menentang Leicester apabila beliau ditakel keras oleh Hamza Choudhury. 

Beliau selepas itu meneruskan perlawanan namun dikeluarkan untuk tujuan langkah berjaga jaga dari kecederaan. 

Pemain dari Mesir itu tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Man United di Old Trafford, serta gagal melengkapkan permainan selama 90 minit ketika kunjungan ke Aston Villa. 

Dan Salah sekali lagi mengalami isu yang sama setelah ditakel oleh Fernardinho di separuh masa pertama pada Ahad lepas, dan digantikan dengan Joe Gomez selepas itu. 

Sejurus selepas perlawanan itu, Salah melapor diri untuk latihan bersama skuad kebangsaan Egypt namun selepas imbasan dilakukan pakar perubatan Salah tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Kenya dan Comoros. 

Echo difahamkan bahawa Salah masih diragui kecergasannya untuk perlawanan menentang Crystal Palace tetapi akan diberikan peluang untuk mengembalikan kecergasannya. 

Selain itu Andy Robertson juga dikeluarkan dari skuad kebangsaan Scotland menentang Cyprus pada Sabtu ini berikutan buku lali yang bengkak. 

Beliau buat masa sekarang akan kekal bersama skuad kebangsaan Scotland buat beberapa hari sebelum kembali ke Melwood. 

Samada beliau akan kekal cergas untuk perlawanan menentang Crystal Palace adalah sesuatu yang diragui dengan The Reds berazam untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga. 

Liverpool akan dapat mengetahui sejauh mana tahap kecederaan Robertson selepas bengkak itu telah surut.

ADMIN

Harap kecederaan itu tidak berlarutan kerana selepas November ini, jadual Liverpool adalah sangat padat. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman