Liverpool Risau Mo Salah Bakal Terlepas Permulaan Liga 2020/2021

Egypt berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dan pemain Liverpool itu mungkin turut serta dalam skuad Bawah 23 Tahun itu. 

Dan Liverpool harus menanti keputusan samada pemain itu disenaraikan dalam skuad ke Tokyo untuk kejohanan tersebut. 

Ianya berikutan skuad Bawah 23 Tahun Egypt telah berjaya melangkah ke final AFCON Bawah 23 Tahun di mana kejohanan itu diadakan di Egypt. 

Skuad bolasepak Olimpik hanya boleh menyenaraikan pemain berusia bawah 23 tahun tetapi setiap pasukan boleh menyenaraikan 3 pemain senior. 

Ketua jurulatih Bawah 23 Egypt Shawky Gharib menyatakan ianya masih terlalu awal untuk menyenaraikan pemain namun akan dilakukan kemudian.

Menurut Gharib : 

“Sebagai salah seorang rakyat Egypt, saya amat berbangga dengan apa yang dicapai Mo Salah di Liverpool. Beliau adalah pemain yang hebat dan membuatkan semua rakyat bangga”.

“Namun ianya masih terlalu awal untuk menentukan samada beliau akan ke Tokyo atau tidak. Saya akan memikirkan apakah pasukan saya perlukan dan akan buat pengumuman”.

Bekas penyerang Stoke City, Ramadan Sobhi yang kini bersama Al Ahly juga mendedahkan mereka saling berhubung setelah Egypt berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik. 

Menurut Sobhi :

“Salah menelefon saya semalam dan mengucapkan tahniah kerana pasukan layak ke kejohanan Olimpik tahun hadapan”.

“Saya berpendapat masih terlalu awal untuk memperkatakan pemain yang akan dibawa ke Tokyo, kami masih mempunyai 21 pemain hebat dalam skuad Bawah 23 Tahun Egypt dan mereka melakukan tugas yang baik dalam kejohanan ini”.

“Semua pemain harus diberikan kredit untuk kejayaan ini”.

ADMIN

Egypt akan menentang Ivory Coast dalam perlawanan akhir AFCON Bawah 23 Tahun pada Jumaat ini. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply