Jurulatih Egypt Mahu Membawa Mo Salah Ke Sukan Olimpik Tahun Hadapan

Beliau mahu pemain Liverpool itu menjadi sebahagian daripada skuad yang terdiri dari pemain Bawah 23 Tahun ke Sukan Olimpik di Tokyo. 

Kejohanan itu dijangka akan bermula pada 24 Julai 2020 dengan undang undang Olimpik yang terpakai ketika ini adalah skuad bolasepak yang berjaya layak boleh menyenaraikan 3 pemain yang melepasi had umur 23 tahun. 

Bercakap menerusi CBC, Shawky Gharib berkata :

“Mo Salah adalah sumber kebanggaan negara Arab dan juga Egypt. Beliau merupakan antara pemain terbaik di dunia dan memberikan imej yang baik untuk dunia Arab di seluruh dunia”.

“Namun begitu hasrat untuk beraksi di Sukan Olimpik adalah impian semua individu. Beliau adalah pemain profesional dan juga mempunyai hak dan tugas terhadap kelabnya”.

“Sudah pasti saya amat berminat untuk membawa beliau bersama dan apa yang penting adalah kesanggupan beliau untuk bersama kami”.

“Beliau adalah pemain yang komited sepanjang saya mengendalikan pasukan kebangsaan dan penjaring terbanyak kami”.

Perlawanan penentuan pingat emas dijangka akan berlangsung pada 08 Ogos, di mana sekitar itu akan bermulanya musim EPL yang baru. 

Pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Olimpik ketika ini adalah tuan rumah Japan, France, Germany, Romania, Spain, New Zealand, Ivory Coast dan Afrika Selatan.

ADMIN

Jika Mo Salah berhasrat untuk menyertai skuad Olimpik, tidaklah menjadi halangan rasanya. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply