Taktikal : Analisa Kekuatan Pasukan Liverpool 2014/15

Formasi dibawah menggunakan formasi basis 4-5-1 yang mana ianya bukanlah bertujuan untuk menunjukkan formasi terbaik LFC.

KEKUATAN SKUAD LFC 2014/15

Ianya hanya menunjukkan keseimbangan kedua-dua pasukan LFC yang mampu diwujudkan bagi menghadapi musim 2014/15 ini dengan sekurang-kurangnya 46 perlawanan (38 perlawanan liga + 6 perlawanan UCL + 1 perlawanan Carling Cup + 1 perlawanan FA Cup). Pertambahan perlawanan ini tertakluk kepada kemaraan LFC dalam peringkat seterusnya dalam piala.

Dilihat kedua-dua pasukan dibawah agak seimbang secara kasar. Ini menunjukkan bahawa BR pada musim ini mempunyai pilihan yang lebih besar untuk melalukan ‘rotation’ pemain atau penggiliran untuk menghadapi 2 perlawanan dalam 7 hari atau 3 perlawanan dalam 9 hari musim hadapan.

Formasi ini juga tidak memasukkan beberapa nama seperti disenarai di sebelah kiri yang mana pemain tersebut juga mampu digunakan sepanjang musim yang akan datang ini (kecuali pemain yang dipinjamkan keluar).

Apa yang lebih positif, senarai ini juga tidak termasuk beberapa pemain yang mungkin akan berhijrah ke LFC.

Sila beri komen dan like anda. Apa kata anda.

Post Author: Bos LMreds