‘Jurgen Klopp Adalah Orang Yang Bakal Memberikan Kejayaan Kepada Liverpool’

Keputusan Jurgen Klopp untuk menandatangani kontrak baru telah mengembirakan bekas pengurus Liverpool, Roy Evans, yang percaya Klopp adalah orang yang tepat untuk menjawat jawatan tertinggi di Anfield.

watermak copy

Klopp meletakkan tandatangannya ke kertas kontrak jangka masa panjang yang baru minggu lalu selepas mengetuai The Reds dua kali ke peringkat akhir bagi Capital One Cup dan Europa League musim lalu.

Berita itu sangat mempengaruhi dan memberikan kegembiraan yang meluas di kalangan penyokong, dan Evans sendiri – yang mengurus kelab antara tahun 1994 sehingga 1998 – kerana ini dapat menambahkan lagi keyakinan mereka untuk masa depan.

“Saya gembira dan saya pasti semua penyokong juga. Dia hebat dengan meletakkan dirinya dalam kedudukan di mana dia mahu berada di sana untuk jangka masa yang lebih lama,” katanya kepada Liverpoolfc.com.

“Bagi saya, beliau mengendalikan musim lalu dengan sangat cemerlang. Setakat ini, dia melakukan segala-galanya dengan cara yang betul, dia mendapat keseimbangan yang baik.”

“Sudah tentu, begitu juga dengan setiap pengurus Liverpool, di satu masa ke depan, penyokong akan mahukan untuk menjulang trofi – dan saya rasa dialah lelaki yang akan cuba untuk mendapatkannya.”

“Komitmen yang ditunjukkan oleh Klopp membuktikan yang dia berasa seperti di rumah sendiri ketika berada di Merseyside. Berpandukan kepada ketibaannya Oktober tahun lalu,” jelas Evans.

“Dia mesti percaya pada kelab ini, dia pasti berasa seperti dia di tempat yang betul – saya pasti semua penyokong kami juga merasakan perkara yang sama,” kata bekas bos The Reds ini.

“Saya juga merasakan yang dia lelaki (pengurus) yang tepat untuk kita, penyokong juga menyukainya – pemain lebih lagi – dan jika dia boleh mendapatkan permulaan yang sangat baik, dan tanpa sebarang gangguan, dengan bolasepak Eropah, dia boleh menumpukan perhatian kepada liga dan membantu kami dalam perebutan piala.”

“Berharap sangat dia dapat kembali dengan trofi pada tahun ini dan kemudian terus berjalan ke depan dari sana.”

Musim lalu berakhir dengan mengecewakan di Europa League, dengan kekalahan ketika perlawanan akhir menentang Sevilla, tetapi Evans yakin yang Klopp lebih bercita-cita tinggi dalam musim 2016/17 dan seterusnya.

Apabila ditanya apa yang merupakan satu sasaran yang realistik untuk kempen baru, beliau menjawab, :

“Anda sentiasa perlu berfikir tempat empat teratas tangga liga – kita adalah Liverpool Football Club.”

“Jika dia boleh memenangi trofi sebelum ini, saya yakin kita juga boleh dan bagi saya dialah lelaki yang akan membawa kita ke sana.”

#webelieve????
#inkloppwetrust ????
#ynwa!
#oncearedalwaysared????

Post Author: Sepet LMreds