Ben Woodburn : Bintang Dalam Pembikinan

Sekali lagi,nama Ben Woodburn mencetak nama selaku penjaring gol.Jaringan beliau dalam perlawanan persahabatan bertemu Wigan Athletic itu adalah jaringan kedua peribadi beliau dalam siri perlawanan pra-musim bagi Liverpool kali ini.

ben

Nama beliau kini menjadi sebutan peminat-peminat Reds sebagai sinar baru bagi Liverpool dan ‘the next big thing’.Selaku kapten skuad U17 Wales,beliau juga disebut-sebut sebagai ‘the next Aaron Ramsey’.

Apa yang menarik ialah beliau baru berumur 16 tahun dan lawan web rasmi Liverpool juga tiada meletakkan profil beliau di pasukan Akademi.Enam minggu lalu sebelum bermulanya pra musim ini,beliau hadir untuk sesi latihan U16 di Akademi dengan uniform sekolah.Namun kini,beliau membuat sensasi dengan aksi mengagumkan bersama skuad utama LFC.

Jika dilihat pada perlawanan semalam,gol yang dijaringkan membuktikan ketenangan beliau di gawang lawan.Berada pada situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Wigan,dengan tenang beliau membuat ‘placing’ ke kanan gol.

ben2

Aksi beliau dalam perlawanan menentang Fleetwood Town juga membanggakan.Bukan sahaja menjaringkan satu gol malah membuat dua ‘assist’ kepada rakan sepasukan.Bagi ketua jurulatih U16 Akademi,Des Maher menyatakan yang sensasi yang dicipta Woodburn adalah menyenangkan dan bakal menjadi inspirasi buat rakan-rakannya yang lain.

Ianya satu pembakar semangat buat pasukan U16 Liverpool.Saya dan jurulatih U15 Barry Lewtas memberitahu kepada pemain-pemain muda yang lain,anda juga boleh menjadi seperti Woodburn dalam tahun mendatang

Kepada Ben Woodburn,diharapkan anda kekal konsisten  dan mampu step up dari junior ke senior dengan cemerlang.Bagi saya,anda bukanlah ‘the next Aaron Ramsey’ tapi hopefully,anda adalah ‘THE NEXT GREAT REDS”.

#YNWA

Post Author: LMREDS Writer