Analisa : England Bakal Kehilangan Slot ke 4 Liga Juara Eropah

*statistik sehingga perlawanan pertama kumpulan Liga Eropah musim 2015/16
*statistik sehingga perlawanan pertama kumpulan Liga Eropah musim 2015/16

“Bermula musim 16/17, istilah top 4 sudah tidak wujud lagi. Pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris akan bersaing sengit untuk top 3 jika berangan-angan ingin berentap dalam Liga Juara-Juara (UCL) sesi 2017/18. Tempat penyudah ke 4 dalam Liga Perdana Inggeris hanya layak untuk menyertai kejohanan kelas kedua di Eropah, Europa League (UEL).”

Adakah ia akan benar-benar berlaku? YA!
Apa sudah jadi? Apa yang sebenarnya berlaku?

Situasi di atas hanyalah khayalan, buat masa kini namun kemungkinan ia akan berlaku amatlah tinggi. Bagaimana ia akan terjadi? Semuanya bergantung kepada kiraan matematik mudah, digelar “European League coefficient ranking”, iaitu markah yang dikira berdasarkan prestasi pasukan dari setiap negara Eropah yang bertanding dalam 2 kejohanan antarabangsa Eropah, UCL dan UEL.

PEMARKAHAN

– Di peringkat kelayakan dan play-off, setiap kemenangan mendapat 1 mata, seri 0.5 mata, 0 untuk kalah
– 4 mata bonus untuk penyertaan dalam peringkat kumpulan
– 4 mata bonus untuk penyertaan dalam 16 terbaik
– Di peringkat kumpulan dan seterusnya, setiap kemenangan mendapat 2 mata, seri 1 mata, 0 untuk kalah
– Pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan akhir, 1 mata bonus diberikan untuk setiap pusingan
– Jumlah mata akan dibahagikan dengan jumlah pasukan yang bertanding bagi setiap negara.
– Mata keseluruhan dikira dengan menambah jumlah mata sepanjang 5 tahun terakhir.

Kedudukan terkini (sehingga 29 Sept) adalah seperti berikut;

1.Sepanyol
2.German
3.England
4.Itali
5.Perancis
6.Portugal

*statistik sehingga perlawanan pertama kumpulan Liga Eropah musim 2015/16
*statistik sehingga perlawanan pertama kumpulan Liga Eropah musim 2015/16

Bagi setiap pasukan top 3, 4 slot ke Liga Juara-Juara dianugerahkan, manakala 3 slot disediakan bagi pasukan ke 4 hingga 6. Jadi bagaimana England yang ketika ini di tangga ketiga boleh kehilangan slot ke 4? Untuk itu, kita akan menganalisa persembahan pasukan Liga Perdana Inggeris berbanding dengan pasukan dari Itali, negara yang akan merampas slot ke 4 UCL daripada England dalam Liga Eropah.

Musim 2014/15, prestasi di Eropah bagi pasukan dari England amatlah teruk. Manchester City, Arsenal dan Chelsea, kandas di pusingan 16 terbaik. Liverpool menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan menyambung saingan di UEL namun tumpas di tangan Besiktas pada pusingan 32 terbaik, sama seperti Totenham. Everton paling cemerlang dalam UEL, namun kandas di 16 terbaik. Jumlah koefisien England musim itu adalah 13.571.

Mengapa UEL? Ya, sebenarnya UEL amatlah PENTING!

Dibandingkan dengan England, Itali lebih cemerlang. Juventus beraksi di final UCL, Fiorentina dan Napoli pula layak ke separuh akhir UEL manakala Internazionale dan Roma berhenti berrjuang di 16 terbaik. Sekali imbas, memang jauh bezanya. Jumlah koefisien Itali adalah 19.0!

Musim 2015/16 (setakat 29 Sept) juga tidak banyak bezanya, hanya Chelsea dan Totenham menang perlawanan pertama dalam kedua-dua Liga Eropah daripada keseluruhan 6 pasukan dari England, mencatatkan 3.625 mata. Mujurlah, Itali juga tidaklah begitu cemerlang dengan 2.857 mata. Akan tetapi, hanya 0.768 bezanya!

Permudahkan cerita, kita lihat situasi yang mungkin berlaku,

Situasi 1: Musim 2014/15 berulang

Jika pasukan dari England dan Itali melalui musim 2015/16 di Liga Eropah sama seperti musim 2014/15, Itali akan merampas kedudukan ketiga dan dianugerahkan slot ke 4 UCL pada musim 2017/18.

Kesan : England akan berdepan tugas sukar untuk merampas semula kedudukan ketiga kerana mata besar ketika Chelsea menjuarai UCL musim 2011/12 sudah tidak dikira, England mengatasi Itali sebanyak 3.893 mata ketika itu. Dengan itu, England memerlukan sekurang-kurangnya 6.227 mata lebih daripada Itali pada musim 2016/17 untuk merampas slot ke 4 UCL semula.

Situasi 2 : England dan Itali sama-sama cemerlang

Jika kedua-dua negara ini mendapat jumlah mata yang sama pada musim 15/16 ini, maka slot ke 4 UCL masih milik England pada musim 17/18.

Kesan : Walaubagaimanapun, Itali akan berada di atas England bermula musim 16/17 kerana musim cemerlang 2011/12 (Chelsea juara UCL) dan musim hambar Itali sudah tidak dikira. Pasukan dari England perlu mengatasi prestasi pasukan dari Itali untuk mendapat slot ke 4 pada musim 2018/19.

Bagaimana caranya mengelakkan perkara ini untuk berlaku?

Kelab dari England perlu beraksi cemerlang bukan sahaja UCL, malah dalam liga kelas kedua Eropah, UEL. Perlu diingatkan, pemarkahan UCL dan UEL adalah sama, menang 1 perlawanan di UCL dapat 2 mata, menang di UEL juga 2 mata. Ini membuktikan UEL sama penting dan setaraf dengan UCL. Nasib masih menyebelahi England kerana memiliki 6 pasukan terlibat dalam Liga Eropah berbanding 5 dari Itali.

‪#‎RUMUSAN‬

Mitos yang mengatakan Brendan Rodgers perlu fokus untuk mendapat top 4 sahaja bagi melayakkan pasukan ke Liga Juara-Juara adalah tidak benar. Tiada istilah squad XI B ataupun medan percubaan di sini. Bayangkan, setelah bertungkus lumus memerah keringat mendapatkan kedudukan ke 4 ligadi akhir musim, Liverpol kembali ke Liga Europa. Mahukah anda? Dengan Southampton dan West Ham sudah tersingkir daripara UEL, England hanya diwakili 6 pasukan, pastinya “weightage” menang dan kalah itu lebih besar berbading negara lain. Saingan di UEL juga semakin sukar apabila semua pasukan mengidamkan slot automatik ke Liga Juara-Juara seandainya berjaya mengangkat trofi UEL di St. Jakob-Park di Basel, Switzerland.
(Ketika artikel ditulis, Chelsea dan Arsenal kalah perlawanan kedua peringkat kumpulan, sedikitpun tidak membantu menjernihkan situasi ini, mujur AS Roma juga kalah.)

Post Author: Bos LMreds