This Is Anfield : Liverpool Terima Tawaran £ 6m Bournemouth untuk Brad Smith

Pemain antarabangsa Australia yang berusia 22 tahun itu kini bebas untuk mengadakan perbincangan peribadi bersama skuad Cherries dan bakal menyertai Jordon Ibe yang telah menyertai skuad Eddie Howe itu pada awal bulan ini.

Brad Smith bakal tinggalkan The Reds sumber gambar: metro.co.uk
Brad Smith bakal tinggalkan The Reds
sumber gambar: metro.co.uk

Smith yang menyertai pasukan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp pada musim lalu, memainkan peranan sokongan kepada Alberto Moreno dan telah membuat 10 penampilan bersama skuad The Reds itu.

Liverpool kini dilihat mahu mendapatkan bek kiri baru bagi bersaing dengan Moreno sepanjang perpindahan musim panas, dan dengan membenarkan Smith untuk meninggalkan kelab menunjukkan bahawa mereka telah memulakan langkah untuk mendapatkan bek kiri baru.

Liverpool dijangka akan memasukkan klausa pembelian balik dalam perjanjian untuk Smith, seperti yang mereka telah lakukan untuk perpindahan Ibe dan Sergi Canos ke kelab baru.

Goal pertama Smith bersama Liverpool ketika menentang Exeter City dalam perlawanan FA CUP sumber gambar: www.liverpoolecho.co.uk
Jaringan pertama Smith bersama Liverpool ketika menentang Exeter City dalam perlawanan awal Paial FA sumber gambar: www.liverpoolecho.co.uk

Smith telah membuat penampilan pertama untuk The Reds di bawah kendalian Brendan Rodgers ketika bertemu pasukan Chelsea pada Disember 2013, tetapi beliau hampir meninggalkan kelab ini musim lalu apabila kontraknya tamat dan perjanjian baru tidak dapat dipersetujui. Tidak lama selepas ketibaan Klopp ke Anfield, Smith telah menanda tangani perjanjian kontrak yang baru bersama kelab dan beliau telah diberi peluang untuk bermain dalam prtandingan Piala FA – beliau telah menjaringkan goal ketika menentang Exeter City.

Smith yang kini sedang mengikuti jelajah pra-musim di Amerika Syarikat akan meninggalkan negara itu untuk kembali ke England untuk membincangkan masa depannya ke kelab Bournemouth.

Beliau boleh menjadi salah satu daripada dua pemain bek kiri yang akan meninggalkan kelab, dengan Jon Flanagan juga dijangka akan melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Burnley.

Smith akan menjadi pemain ke-11 yang akan meninggalkan kelab setakat ini pada musim panas ini, termasuk dengan pemain yang dipinjamkan, dengan Mario Balotelli, Christian Benteke, Joe Allen, Flanagan, Andre Wisdom dan Tiago Ilori juga bersedia untuk meninggalkan kelab. Ianya adalah sebahagian tugas utama di musim pertama Klopp bagi mengemas skuadnya.

Smith dan Klopp www.liverpoolecho.co.uk
Smith dan Klopp www.liverpoolecho.co.uk

Post Author: LMREDS Writer