Rating Pemain – Arsenal 3-4 Liverpool

Liverpool berjaya memenangi perlawanan pertama buat 4 musim berturut, menewaskan Arsenal. Kemenangan kedua dalam 14 perlawanan di Emirates.

 

Mignolet 5

Cemerlang menyelamatkan penalti Walcott. Tidak boleh dipersalahkan atas gol Walcott 69 saat kemudian dan gol Chamberlain pada second half. Patut lebih cepat bertindak untuk gol ketiga Arsenal. Walauapapun, 3 gol bolos pada hari pertama bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Clyne 6

Banyak terlepas bola ketika cuba bergerak ke hadapan pada first half. Cross yang cantik untuk gol ketiga Liverpool. Membenarkan Chamberlain menjaringkan gol kedua Arsenal.

Klavan 8

Pembelian 4 juta Euro yang sangat berbaloi, seperti sudah lama bermain di Liga Perdana. Tempatnya dalam pertahanan Liverpool semakin kukuh.

Lovren 6

Bukanlah persembahan terbaik, kurang persaingan di udara daripada Arsenal sepatutnya memudahkan kerjanya. Namun, gagal memberi saingan untuk gol ketiga Arsenal. Juga tidak membantu ketika Liverpool bolos kali kedua.

Moreno 4

Mengecewakan. Selepas sudah menghadiahkan penalti kepada Arsenal, beliau out-of-position ketika Walcott menjaringkan gol. Persembahan bertambah baik pada separuh masa kedua.

Highlight (HD) : Arsenal vs Liverpool FC – Premier League (Game #1)Goal scored by Philippe Coutinho , Sadio Mané & Adam Lallana Assisted by Nathaniel Clyne & Georginio Wijnaldum

Posted by Liverpool Malaysian Reds on Sunday, August 14, 2016

Henderson 6

Mengemudikan pasukan miliknya dengan baik. Menjadi penghubung antara pertahanan dan penyerang sebelum posisinya diambil Can. Belum begitu meyakinkan, namun bait-bait prestasi musim 2013/14 semakin kelihatan.

Wijnaldum 7

Gagal menyempurnakan cut back Coutinho namun memberi assist kepada Lallana. Persembahan yang baik untuk debut Liverpool. Digantikan oleh Steward.

Lallana 7

Banyak kehilangan bola pada separuh masa pertama. Mengawal bola dengan baik untuk gol kedua Liverpool. Bekerja keras untuk menutup ruang Arsenal memulakan gerakan.

Coutinho 9

Magiknya menjaringkan gol penyamaan. Memulakan gerakan untuk gol kedua, bijak bergerak untuk gol kedua peribadinya. Terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Man-of-the-Match malam ini.

Mane 9

Pemain paling berbisa pada babak pertama. Larian solo memberikan gol keempat Liverpool. Tanda harga termahal Liverpool ini seperti sangat-sangat berbaloi.

Firmino 7

Mudah hilang possession. Tarian menarik yang hampir memberi hattrick kepada Coutinho. Agak tumpul secara keseluruhan.

Can (menggantikan Coutinho ’70) 6

Menggantikan posisi Henderson. Persembahan yang baik dengan memberi kestabilan di tengah padang, menghalang Arsenal mencari gol penyamaan.

Origi (menggantikan Lallana ’80) 7

Bijak mendapatkan sepakan sudut. Memberi physical presence yang sangat diperlukan apabila Liverpool mula keletihan dan membuat banyak long ball.

Steward (menggantikan Wijnaldum ’87) N/A

Tidak sempat memberi impak.

Post Author: LMREDS Writer