Roberto Firmino Disenaraikan Dalam Skuad Ke Barcelona

Liverpool menyenaraikan 23 pemain untuk perlawanan pertama UCL menentang Barcelona ke Nou Camp pada awal pagi Khamis. Sebelum ini Firmino tidak disenaraikan dalam skuad menentang Huddersfield berikutan kecederaan pangkal paha namun difahamkan telah kembali menjalani latihan pada pagi ini. Fabinho juga di antara pemain yang turut serta dalam skuad selepas mengalami kecederaan ketika menentang Cardiff […]

Andy Robertson : Liverpool Harus Bertahan Sebagai Satu Pasukan Untuk Mengekang Messi

Pemain antarabangsa Scotland itu akan berhadapan dengan antara pemain terbaik dunia dalam pertembungan antara Barcelona dan Liverpool. Dan Andy Robertson juga mengakui bahawa Liverpool harus bertahan sebagai satu pasukan untuk mengekang pergerakan Lionel Messi. Ketika ini Messi menikmati satu lagi musim terbaiknya apabila membantu Barcelona untuk meraih kejuaraan La Liga musim ini. Beliau sudah semestinya […]

Luis Suarez: Barcelona ‘Tidak Boleh Terganggu Walau Sesaat” Ketika Menentang Liverpool

Menurut sumber di FC Barcelona; Luis Suarez berkata pasukannya tidak mampu untuk terganggu walau seketika pun dalam perlawanan semifinal Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada awal pagi Khamis ini. Penyerang itu bersedia menghadapi bekas pasukannya pada perlawanan semifinal pusingan pertama dan menyedari bahaya yang bakal timbul apabila menentang skuad The Reds. “Dalam Liga Juara-Juara, anda tidak […]

“Teori” Arsene Wenger : Mungkin Liverpool Tidak Ditakdirkan Untuk Menjuarai EPL

Beliau bercakap mengenai perebutan kejuaraan antara Liverpool dan Man City. Dan beliau berkata bahawa takdir mungkin tidak menyebelahi Liverpool untuk memenangi sebarang kejuaraan liga sejak 1990. Skuad Jurgen Klopp memasuki peringkat akhir kejuaraan EPL dengan berbaki dua perlawanan lagi ketika ini, dengan Pep Guardiola berada pada landasan terbaik untuk menjuarai liga ketika ini. Sebelum ini […]

Virgil Van Dijk Memenangi Pemain Terbaik PFA Musim Ini

Beliau meraih anugerah tersebut dalam satu majlis di London pada malam Ahad. Van Dijk mendapat undian tertinggi dari 92 kelab dari Liga Perdana dan kelab Liga Inggeris sebagai satu pengiktirafan ke atss prestasi konsisten dan dominan. Beliau telah melakukan 45 penampilan dalam semua kejohanan musim ini, membantu Liverpool untuk mencatatkan 23 rekod tanpa bolos dab […]

Jarak “Kecil” Yang Bakal Menafikan Liverpool Mengenai Kejuaraan EPL Musim Ini

Liverpool kembali ke tangga kedua liga setelah Manchester City menewaskan Burnley 1 – 0 di Turf Moor. Di masa yang sama, perebutan slot Top 4 memperlihatkan pasukan pasukan kehilangan mata, namun perebutan kejuaraan liga masih bersaing dengan hebat. Selepas Liverpool mencatatkan kemenangan besar ke atas Huddersfield 5 – 0, giliran Man City pula mencatatkan kemenangan […]

Liverpool Digesa Untuk Menjuarai Sesuatu Untuk Hentikan Perpindahan Pemain

Real Madrid dikaitkan dengan perpindahan Mo Salah ke kelab itu dengan pasukan itu sedang dirombak secara besar besaran. Liverpool masih memburu kejuaraan liga dan juga UCL musim ini namun mereka seharusnya memikirkan cara untuk memenanginya bagi mengelakkan beberapa pemain utama berhijrah ke Real Madrid. Ia merupakan saranan daripada Luis Garcia, di mana gol beliau ketika […]

Berapa Nilai Yang Diperoleh Oleh Ejen Pemain – Adakah Anda Berminat?

Sebahagian besar adalah individu yang berpengaruh dalam bolasepak dan boleh menggandakan perolehan wang jika tepat pada masanya. Daripada Mano Raiola hingga ke Jorge Mendes, ianya menjadi sebutan ramai jika melibatkan pemain yang beliau wakili. Dan ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa jika seseorang ejen itu mencipta tajuk akhbar, dan masa depan pemain menjadi bahan cerita […]

Jurgen Klopp : Naby Keita Telah “Membayar” Kesabaran Liverpool

Pengurus Liverpool itu memuji peningkatan persembahan pemain dari Guinea itu sejak akhir akhir ini. Sebelum ini beliau dikritik oleh peminat berikutan persembahan hambar sejak berhijrah dari RB Leipzig dengan harga £52.75 juta pada awal musim 2018 2019. Beliau juga gagal menyesuaikan diri secara langsung dan tersisih dari kesebelasan utama Liverpool dalam beberapa ketika. Namun sejak […]

Ox : Saya Tidak Akan Lupakan Sambutan Anda Terhadap Saya

Beliau mengakui tidak dapat berkata apa apa apabila melihat seluruh Anfield bergema melihat beliau kembali bermain setelah lebih setahun tersisih akibat kecederaan. Genap setahun dan 2 hari beliau mengalami kecederaan serius ketika menentang Roma dalam Semifinal UCL, beliau akhirnya diturunkan dalam perlawanan menentang Huddersfield sebagai pemain gantian. Beliau menerima tepukan gemuruh dari peminat di Anfield […]

Media : Highlight Perlawanan Liverpool 5 Huddersfield 0

Dua gol dari Mo Salah dan Sadio Mane, serta 1 gol dari Naby Keita memberikan Liverpool kemenangan besar di Anfield awal pagi tadi. Sekaligus ianya merapatkan jurang perbezaan gol dengan pesaing mereka Man City. Saksikan : ADMIN Mesti ramai yang suka ulang ulang tengok gol banyak ni. Hahaha. YNWA gais. Sumber : Stadium Astro

Perkembangan Terkini Kecergasan Roberto Firmino & Virgil Van Dijk

Beliau mengakui kecergasan Firmino harus dinilai terlebih dahulu sebelum berlepas ke Barcelona. Pemain itu tidak diletakkan dalam senarai pemain yang bermain dalam kemenangan besar ke atas Huddersfield selepas mengalami isu otot koyak sebelum perlawanan. Meskipun Klopp optimis bahawa Firmino akan sempat pulih menjelang pertemuan ke atas Barcelona di Nou Camp, namun Klopp berfikir ianya masih […]

error: Content is protected !!