Neco Williams : Ianya Satu Impian Menjadi Kenyataan

Beliau menyumbangkan satu assist buat Divock Origi pada masa kecederaan sebelum Liverpool menewaskan Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti.  Dan Neco William melabelkan perlawanan itu sebagai “impian menjadi kenyataan” dengan pemain itu mempamerkan aksi yang cukup baik dan memainkan peranan penting untuk mengheret kelab itu ke penentuan sepakan penalti.  Liverpool sebelum itu ketinggalan 5 – 4 […]

Highlight Perlawanan : Liverpool 5 Arsenal 5 ( Pen : 5 – 4 ) – Carabao Cup 2019

What a night at Anfield. Dramatik 10 gol dijaringkan sahaja pada awal pagi tadi.  Gol Liverpool dijaringkan oleh Rhian Brewster, Alex Oxlade Chamberlain, James Milner dan Divock Origi dengan 2 gol.  Saksikan : ADMIN Perlawanan yang sungguh menarik disaksikan terutama pemain muda Liverpool. Tahniah kerana mara ke Suku Akhir. YNWA.  Sumber : Liverpool FC Youtube

Jurgen Klopp Memuji Persembahan Harvey Elliot Dan Barisan Pemain Muda Liverpool

Liverpool melayakkan diri ke Suku Akhir Carabao Cup selepas menewaskan Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti.  Pengurus Liverpool itu memuji persembahan yang ditunjukkan Elliot setelah bermain buat pertama kali di Anfield sejak berpindah dari Fulham. Beliau memperagakan beberapa gerakan menarik di halaman sendiri dan berjaya memberikan Liverpool satu sepakan penalti untuk mengurangkan defisit gol ketika separuh […]

Liverpool Ke Suku Akhir Carabao Cup 2019 : Tewaskan Arsenal 5 – 4 Menerusi Penentuan Penalti

Kedua dua pasukan terikat dalam perlawanan sepenuh masa dengan jumlah gol yang besar, 5 – 5. Liverpool sebelun itu membuat rombakan dengan menyenaraikan ramai pemain muda untuk perlawanan ini.  Harvey Elliot menjadi pemain termuda melakukan penampilan di Anfield, dalam usia 16 tahun dan 209 hari.  Perlawanan bermula dengan salah satu percubaan awal Elliot tinggi melewati […]

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool vs Arsenal ( Carabao Cup 2019 )

The Reds boleh melebarkan rekod kemenangan di Anfield kepada 15 perlawanan jika menewaskan Arsenal awal pagi esok.  Liverpool telah menewaskan 14 lawan di Anfield sebelum ini sejak kali terakhir seri 0 – 0 kepada Bayern Munich pada Februari 2019 – kurang 5 daripada rekod kemenangan paling lama di Anfield yang kali terakhir dicatatkan pada 1972. […]

Neco Williams Sedia Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Menentang Arsenal

Ianya salah satu pemilihan pemain yang agak mengujakan pada awal pagi esok.  Pemain antarabangsa Wales berusia 18 tahun ini merupakan pemain pertahanan kanan yang dijangka akan diturunkan untuk menentang Arsenal dalam aksi pusingan keempat Carabao Cup.  Pemain ini adalah pemain yang sering diturunkan bersama skuad bawah 23 Tahun dan juga bawah 19 Tahun untuk Kejohanan […]

Harvey Elliot Mempunyai “Keistimewaan” : Akan Terlibat Dalam Perlawanan Liverpool – Arsenal

Beliau berkemungkinan besar akan diturunkan dalam perlawanan pusingan keempat Carabao Cup 2019 2020. Dan beliau dilabelkan sebagai seorang pemain yang mempunyai “keistimewaan” sendiri dengan Anfield bersedia untuk melihat sendiri kelibat beliau beraksi awal pagi esok.  Elliot merupakan pemain termuda yang pernah diturunkan Liverpool dengan usia 16 tahun 174 hari ketika menentang MK Dons dalam Carabao […]

Caomhin Kelleher Akan Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Arsenal

Sebelum ini beliau diturunkan dalam perlawanan menentang MK Dons dalam Pusingan Ketiga Carabao Cup.  Dan beliau akan terus menjaga gawang LFC untuk aksi Carabao Cup musim ini buat masa sekarang.  Penjaga gol berusia 20 tahun ini merupakan pemain Republik Ireland Bawah 21 Tahun dan pemain utama dalam skuad Bawah 23 Tahun Liverpool.  Adrian yang sebelum […]

Saya Amat Gembira Dapat Kembali Ke Anfield – Fernando Torres

Liverpool Legends akan menentang Barcelona Legends di Anfield pada 28 Mac 2020. Dan Fernando Torres yang menjaringkan 81 gol dari 142 penampilan, akan melakukan kemunculan buat pertama kalinya bersama kelab sejak meninggalkan Liverpool pada 2011. Kesemua hasil sumbangan akan disalurkan kepada LFC Foundation, yang akan membantu masa depan untuk remaja dan kanak kanak selain daripada […]

Besiktas Mahu Menghantar Loris Karius Kembali Ke Liverpool Januari Ini

Penjaga gol Liverpool itu sedang memasuki musim keduanya dalam tempoh dua tahun pinjaman ke kelab Turki itu.  Dan Besiktas kini dilaporkan mahu memansuhkan tempoh pinjaman beliau untuk menghantar beliau pulang seawal Januari ini.  Loris Karius berhijrah ke Turki dalam tempoh peminjaman 2 tahun sejak awal musim lepas – dengan perjanjian pilihan untuk perpindahan tetap pada […]

Joel Matip Bakal Tersisih Dari Pasukan Sekurang Kurangnya 6 Minggu Berikutan Kecederaan

Ketika ini pemain pertahanan itu hanya bermain satu daripada 5 perlawanan berikutan kecederaan lutut.  Dan Liverpool tidak pasti bilakah Joel Matip akan diturunkan selepas ini berikutan kecederaan yang dialaminya ketika menentang Sheffield United, dan ia berulang semula ketika menentang Man United.  Laporan pada Isnin menyatakan bahawa menyatakan beliau akan tersisih sekurang kurangnya lebih 6 minggu […]

Alisson Menyelamatkan 3 Mata Liverpool Tanpa Menyentuh Bola – Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool itu memuji persembahan penjaga gol Brazil dengan kelab itu mencatatkan kemenangan 2 – 1 ke atas Spurs.  Liverpool setakat ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah di Anfield sekaligus mengekalkan jarak 6 mata ke atas pencabar terdekat, Man City.  Namun begitu Spurs hampir menggandakan jaringan apabila Son Heung Min mendapat peluang terbaik di awal […]

error: Content is protected !!