Liverpool Dan Alex Oxlade Chamberlain Hampiri Persetujuan Kontrak Baru

Ianya menyaksikan tambahan 12 bulan kepada kontrak sedia ada yang membolehkan beliau kekal di Anfield hingga 2023. Difahamkan juga kontrak itu bakal meningkatkan gaji yang diterima Ox hingga £120,000 seminggu. Ketika ini beliau telah kembali beraksi dalam skuad utama Liverpool berikutan kecederaan lutut yang serius pada April 2018 ketika perlawanan separuh akhir UCL menentang Roma. […]

Alex Oxlade Chamberlain Akan Menggunakan Jersi Bernombor 15 Musim Hadapan

Selama 2 musim, beliau menggunakan jersi bernombor 21 sejak berhijrah dari Arsenal. Sebelum ini nombor itu digunakan oleh Daniel Sturridge, yang bakal meninggalkan kelab pada Jun ini berikutan tamatnya kontrak beliau. Sebagai balasan kepada peminat yang telah memiliki jersi “Chamberlain 21” untuk musim 2019/2020, Alex Oxlade secara peribadi akan membayar semula jersi secara suka sama […]

Alex Oxlade Dedahkan Imej Baru – Semasa Merakam Video Skuad Ke Marbella

Mereka sedang dalam perjalanan untuk menjalani kem latihan di Spain sebagai persiapan untuk perlawanan akhir UCL. Dan ketika itu, Alex Oxlade Chamberlain sedang membuat rakaman mengenai rakan sepasukan Mo Salah yang dilihat tidur di lantai pesawat. Namun rakaman kamera beliau menangkap imej baru Oxlade yang telah mewarnakan rambut serta janggut yang agak nipis. Beliau memuatnaik […]

Mesej Ox Buat Peminat

Pemain sayap Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain teruja untuk menjadi sebahagian daripada skuad yang diatur untuk bermain dalam final Liga Juara-Juara. Alex Oxlade-Chamberlain bakal membuat salah satu penampilan comeback terbesar Liverpool. Bintang England itu mengalami kekoyakan ACL (anterior cruciate ligament injury) pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, yang menyebabkannya terlepas tempat di final UCL dan Piala […]

Ox : Saya Tidak Akan Lupakan Sambutan Anda Terhadap Saya

Beliau mengakui tidak dapat berkata apa apa apabila melihat seluruh Anfield bergema melihat beliau kembali bermain setelah lebih setahun tersisih akibat kecederaan. Genap setahun dan 2 hari beliau mengalami kecederaan serius ketika menentang Roma dalam Semifinal UCL, beliau akhirnya diturunkan dalam perlawanan menentang Huddersfield sebagai pemain gantian. Beliau menerima tepukan gemuruh dari peminat di Anfield […]

Perkembangan Terkini Mengenai Kecergasan Alex Oxlade Chamberlain

Jurgen Klopp memberikan perkembangan terkini buat kecergasan pemain ini setelah beraksi selama 40 minit bersama skuad bawah 23 tahun Jumaat lepas. Pemain ini melakukan penampilan buat pertama kali sejak mengalami kecederaan lutut serius sejak April 2018. Namun ketika perlawanan menentang Derby County bawah 23 Tahun, beliau dikeluarkan 5 minit awal dari tamat separuh masa pertama […]

Alex Oxlade Chamberlain Bakal Menjalani Imbasan Selepas Mengalami Kecederaan Dalam Perlawanan

Beliau melakukan penampilan kompetitif pertamanya setelah pulih dari kecederaan lutut yang serius musim lepas. Dan beliau dilaporkan mengalami masalah hamstring ketika perlawanan Liverpool Bawah 23 Tahun menentang Derby County sekaligus memaksa beliau dikeluarkan pada minit ke 41. Ini merupakan perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut yang serius sejak April 2018 – iaitu ketika 318 […]

Alex Oxlade Chamberlain Bersedia Untuk Diturunkan Dalam Skuad U23

Beliau akan kembali beraksi dalam skuad kendalian Neil Critchley dan ianya merupakan langkah yang besar dalam pemulihan kecederaan. Pemain tengah itu mengalami kecederaan lutut yang serius sejak April 2018, di mana ia melibatkan tendon pada hamstringnya sekali dalam perlawanan separuh akhir UCL menentang Roma. Tahap kecederaan lutut beliau dirahsiakan hinggalah tamat kempen Eropah Liverpool musim […]

TAA Serta Rakan Sepasukan Teruja Dengan Ox Dan Rhian Brewster

Alex Oxlade-Chamberlain dan Rhian Brewster mengambil bahagian dalam latihan sulung kem empat hari The Reds di Marbella. Mereka kelihatan sudah kembali ke kecergasan penuh setelah mengalami kecederaan jangka panjang. Kemunculan Oxlade-Chamberlain dan Brewster dengan rakan sepasukan mereka dipenuhi dengan kegembiraan oleh penyokong apabila gambar sesi latihan itu tular di media sosial- dan Alexander-Arnold telah menjelaskan […]

Alex Oxlade Chamberlain Dijangka Akan Menyertai Kesebelasan Utama Pada April

The Reds mengambil pendekatan berhati hati dengan pemain itu meskipun telah disenaraikan dalam skuad UCL. Pemain ini sedang menjalani proses pemulihan disebabkan kecederaan lututnya pada April 2018, namun dijangka tidak akan diletakkan dalam kesebelasan utama hingga April hadapan. Ini bermakna dua bulan kemudian adalah waktu terbaik untuk beliau kembali bermain secara kompetitif, dan ketika itu […]

Sadio Mane : Alex Oxlade Chamberlain Adalah Inspirasi Kami Untuk Kejuaraan EPL

Sehingga kini Alex Oxlade belum lagi diturunkan dalam perlawanan musim ini. Dan Sadio Mane menyatakan bahawa pemain itu adalah sumber inspirasi beliau untuk terus membantu Liverpool memburu kejuaraan liga. Pemain antarabangsa Senegal ketika ini telah menjaringkan 10 gol untuk Liverpool musim ini, berazam untuk melakukan yang terbaik sebagai balasan kepada rakan sepasukan yang belum lagi […]

Perkembangan Terkini Mengenai Alex Oxlade Chamberlain

Jurgen Klopp enggan merisikokan pemain ini terlalu awal namun beliau bersedia untuk kembali beraksi lebih awal. Dan Alex Oxlade Chamberlain bersedia untuk menyumbang sesuatu untuk Liverpool mengejar kejuaraan EPL dan UCL pada musim ini. Pemain ini telah mempamerkan langkah pemulihan seterusnya ketika pasukan itu menjalani latihan di Dubai baru baru ini, dengan tampak berlatih dengan […]

error: Content is protected !!