Liverpool Dijangka Tidak Memanggil Loris Karius Kembali Ke Anfield Dalam Masa Terdekat

Besiktas dilaporkan mahu mempertimbangkan untuk menghantar Loris Karius kembali berikutan prestasi hambar beliau. Dan Liverpool enggan memanggil pemain ini kembali ke Anfield meskipun terdapat khabar bahawa Besiktas sekarang tidak gembira di atas persembahan beliau. Tetapi difahamkan kelab Turki itu tidak lagi menghubungi Liverpool dan tiada klausa yang dipersetujui yang membolehkan pemain itu kembali ke Anfield […]

Loris Karius Dikritik Pengurus Besiktas :”Sesuatu Tidak Kena Terhadap Beliau!”

Penjaga gol yang dipinjamkan dari Liverpool ini menerima kritikan setelah mempamerkan aksi lemah ketika kemenangan Besiktas 3 – 2 ke atas Konyaspor. Beliau telah dibolosi oleh jaringan penyamaan dari Omar Ali Sahiner pada minit ke 20, dan merupakan gol ke 37 beliau dibolosi musim ini bersama Besiktas. Penjaga gol itu gagal menepis bola dengan kemas […]

Besiktas Mahu Hantar Loris Karius Kembali Ke Liverpool Januari Ini?

Kelab gergasi Turki itu dilaporkan menghadapi masalah kewangan ketika ini. Sebelum ini kelab itu telah menamatkan kontrak Pepe dengan persetujuan bersama disebabkan bebanan kewangan yang tinggi untuk bayaran gaji pemain tersebut, di mana kedua dua pihak bersetuju untuk membayar gaji Pepe setinggi €9.5 juta setahun. Akhbar Turki, Fotomac juga mendakwa beberapa pemain yang bergaji tinggi […]

Loris Karius Melakukan Kesilapan Lagi Ketika Perlawanan Sarpsborg vs Besiktas

Beliau belum menunjukkan tanda tanda peningkatan prestasi di Besiktas. Penjaga gol Liverpool yang dipinjamkan ini masih lagi tidak memberikan sepenuh tumpuan untuk pemulihan dari kesilapan lampau terutama ketika aksi beliau di Final UCL musim lepas. Dan pada perlawanan awal pagi tadi, beliau sekali lagi atau berkali kali mengharungi malam yang perlu dilupakan ketika perlawanan menentang […]

Besiktas Didakwa Mahu Membuat Tawaran Pemansuhan Pinjaman Loris Karius

Penjaga gol dari Germany ini dibenarkan meninggalkan Liverpool buat sementara disebabkan beberapa kesilapan individu. Dan terdapat dakwaan bahawa Karius akan kembali ke Anfield setelah 3 bulan di Turki disebabkan beberapa kesilapan yang dilakukan beliau ketika beraksi bersama Besiktas. Beliau telah terlibat dalam beberapa kesilapan dalam perlawanan awal musim, serta yang terkini adalah menentang Malmo yang […]

Loris Karius Bakal Digugurkan Dari Kesebelasan Utama Besiktas Kerana “Media Sosial”

Beliau mungkin akan digugurkan dari skuad Besiktas dalam Europa League kerana dilaporkan terlalu “mengambil berat” dalam laman sosialnya. Karius memulakan karier dengan prestasi yang turun naik di Turki meskipun melakukan 7 penampilan bersama pasukan itu ketika ini. Beliau dipinjamkan ke Besiktas pada musim panas lepas untuk 2 musim, dengan pilihan untuk perpindahan selepas tempoh peminjaman […]

Loris Karius Menyatakan Sebab Mengapa Beliau Meninggalkan Liverpool FC

Penjaga gol itu melakukan kesilapam ketika perlawanan akhir itu yang menyaksikan Liverpool tumpas 3 – 1 kepada Real Madrid. Dan beliau telah bersuara mengenai perlawanan akhir itu dan akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Liverpool musim ini secara pinjaman. Penjaga gol dari Germany itu juga didakwa disiku oleh Sergio Ramos hingga menyebabkan beliau mengalami konkusi. Final […]

Kontrak Pinjaman Loris Karius Ke Besiktas Mengandungi “Klausa Khas”

Antara kandungan klausa itu adalah “hak terbitan imej”. Dan Liverpool dan Besiktas telah bersetuju untuk klausa tersebut sebagai  sebahagian perjanjian pinjaman menurut satu laporan dari Turki. Karius menyertai kelab Besiktas secara pinjaman selama 2 tahun setelah mendapati beliau tidak lagi menjadi pilihan utama setelah ketibaan Alisson Becker ke Anfield. Laporan akhbar Turki, Fanatik memetik bahawa […]

Simon Mignolet Mempersoalkan Perpindahan Karius & Masih Mahu Berhijrah

Beliau menjadi penjaga gol kedua kelab namun tetap mahu meninggalkan Anfield. Dan beliau juga mempersoalkan tindakan “pelik” dari Liverpool yang membuat keputusan untuk membenarkan Karius ke Besiktas. Mignolet memulakan musim ini sebagai pilihan ketiga penjaga gawang namun telah dipanggil sebagai penjaga gol kedua setelah Loris Karius meninggalkan Anfield baru baru ini. Penjaga gol Belgium itu […]

Liverpool Mengesahkan Perpindahan Loris Karius Ke Besiktas Secara Pinjaman

Beliau akan menyertai kelab Turki itu secara pinjaman selama dua tahun. Karius akan menyertai kelab itu sepanjang musim ini sebelum menyambung semula tempoh peminjaman beliau pada 2019 2020. Besiktas memulakan kempen Super Lig dengan 2 kemenangan berturut turut ketika ini. Kedua dua kelab itu bersetuju dengan nilai perpindahan £9.5 juta minggu ini dengan penjaga gol […]

Sebab Utama Perpindahan Loris Karius Masih Tertangguh

Kedua dua kelab bersetuju untuk nilai perpindahan pemain itu sebanyak £9.5 juta. Perpindahan Karius ke Turki tertangguh adalah disebabkan cuti umum sambutan Hari Raya Qurban / Aidiladha yang disambut selama 4 hari di sana. Setelah kedua dua kelab mencapai persetujuan, Karius dijangka akan berada di Istanbul pada hari ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya […]

error: Content is protected !!